Minggu lepas aku berpeluang untuk menghadiri reunion Squad76 bagi bekas pelajarĀ² SMUM (sekarang SMKUK). Walaupun tak terlibat secara langsung, namun aku dapat rasakan keseronokan berjumpa semula rakanĀ² sekolah lama yang dah lama terpisah. Aku hanya bertugas sebagai jurukamera untuk pertemuan semula itu. Ada yang gembira, ketawa dan tak kurang juga yang menitiskan air mata apabila bertemu semula rakan lamaā¦
Ditambah pula dengan kehadiran beberapa guruĀ² yang pernah mengajar. Bertambah seri perjumpaan yang dijalankan. Aku masih lagi ingat dengan guruĀ² yang pernah mengajar aku; Pn. Julia, Pn. Kalsom, En. Abu Seman dan beberapa lagi guru yang pernah mengajar. Walaupun mereka tidak lagi ingat dengan aku sebagai bekas pelajarnya, namun itu bukanlah penyebab untuk tidak menghadiri perjumpaan yang julungĀ² kalinya dibuat.
Tapi apa yang melekat di hati adalah persekitaran sekolah yang tidak jauh berbeza sebagaimana aku tinggalkan dulu. Walaupun ada beberapa tambahan bangunanan, namun ciriĀ² lama masih lagi ada di situ, seolahĀ² tidak langsung terusik oleh peredaran masaā¦
Walaupun aku hanya mampu bertahan selama 3 tahun di sekolah ini sebelum berpindah ke sekolah lain pada 1994, namun sekolah ini tetap istimewa di hati aku. Kerana temanĀ² dan rakanĀ² membesar aku semuanya bersekolah di sini. Bermula dari sekolah rendah dan kemudian samaĀ² melanjutkan persekolah di sekolah ini. Tiada memori yang lebih indah selain sekolah iniā¦ Aku cukup iri dengan rakanĀ² yang tamat persekolahannya di sini. Bersama memulakan persekolahan di tigkatan 1 dan berakhir bersamaĀ² di tingkatan 5. Aku sahaja yang tidak dapat mengikutinyaā¦
Apa pun, 8 jam berada di sekolah ini, benarĀ² melepaskan kerinduan aku pada saatĀ² kegembiraan aku berasama rakanĀ². SM(K)UK tetap di hati!
p/s : Mahu lebih lama di sini, tetapi apakan daya! (T_T)
p/ss : Semuanya kelihatan kecil berbanding duluā¦ (^_^)