Ape menda nyer tu? Ala, mende yang korang kunyah² pastu buat belon. Itu ler singgam, panggilan aku pada chewing gum sejak dari kecik lagi. Kalo dulu², aku paling suka makan singgam yang berbentuk bar lepas tu ada ink tatto pada pembungkusnya. Jilat² pada pembalut tu, lepas tu lekap kat kulit. Selalunya kat atas tangan la. Bila dah kering, jadik la tatoo sementara dengan gambar katun la, binatang la, super sentai la… Memacam. Pastu bila balik rumah, kena libas dengan mak sebab dakwat tak kluar bila basuh. Tak sah amek air sembahyang…
:sengih:
Tapi tu dulu. Sekarang, nak cari singgam yang macam tu dah susah. Singgam bulat berkaler² pun sama susah nak carik. Yang ada sekarang singgam yang bungkus panjang² macam Spermint Gum tu. Hilang dah trademark zaman kekecik.
Sebenarnya, singgam ni ada kegunaan lain dari buat belon dan jugak mengumam dan mengunyah singgam tu sampai habis rasa manis dia. 2 hari lepas, penggunaan singgam pada aku dan adik beradik yang lain seolah menjadi bahan penting untuk sampai ke destinasi…
Cemana ke jadah nyer tu? Hahaha… Bila di pikir balik, kelako pulak. Tapi nak buat cemana. Itu jer yang ada. Bedal ajer la…
Hahaha… 2 hari lepas, aku dengan adik beradik yang lain berkumpul sebab nak buat miting family. Semua dah sampai kat rumah abang sulung aku, kecuali adik bongsu aku yang masih dalam perjalanan. Dalam pukul 9.45 malam cenggitu, tetiba abang aku tu dapat call dari adik aku. Katanya dia ada masalah dengan kereta dia. Hose penyambung dari radiator bocor katanya.
Aku dengan abang aku kendian terus la ke destinasi di mana adik aku dengan kereta dia tersadai. Cek punya cek, memang betul hose yang menyambungkan radiator tu dah bocor sebab selalu bergesel dengan timing belt. Sikit², memang bocor la menda alah tu…
Gambo paling atas tu, abang ngan adik aku ngah menyetting tipun untuk dijadikan penyuluh. Yang tengah lak, adik aku tengah menyuluh hose yang dah bocor tu. Gambar yang ketiga lak, dan yang dalam bulatan tu, adalah tempat di mana hose itu telah dibocorkan oleh timing belt.
Jenuh gak la memikir apa kemenda yang nak digunakan untuk menutup lubang tu. Nasib baik perjalanan dah dekat… Tapi walaupun dekat, dengan lobang sebesar tu, temperature enjin mencanak² la naik.
Habis satu kedai shell tu aku pusing mencari musking tape ke hape yang boleh diguna untuk menutup lobang tu. Tapi tak ada… Nak pegi tempat lain, kedai dah banyak tutup. Maklumlah dah pukul 10 malam. Pikir punya pikir, tetiba…
:mentolmenyala:
Tinggg… datang idea aku untuk soh tampal dengan singgam. Hahaha… Penyelamat betol. Apa lagik, masuk balik aku ke kedai Shell tadik dan membeli 2 bar singgam ntah hape rasa. Aku pakai sambar jer. Ekekeke… Bila dah kunyah, baru la taw menda tu perasa pure pudina. Mak aih! Pedas pulak rasanya… Memasing mengunyah singgam tu sampai likat melekat untuk ditampal pada hose yang bocor.
Dah habis kunyah sampai kenyal singgam tu, memasing menampal singgam tu kat lubang yang bocor. Tak koser nak amek singgam tu dari derang. Sendri punya, sendri tampal la. Hahahaha… Nak habis jugak la singgam yang aku beli tu semata² nak menampal lobang tu. Tapi, kitaorang kena ikat hose tu ke dinding kereta sebab kalau dibiarkan, ianya masih terkena pada timing belt tu…
Tak der rotan, akar pun jadik lah!…
Acara terakhir adalah, menambah balik air dalam radiator yang dah kering kontang tu. Ahaks! Abes satu tong tu diisi dalam radiator. Bila dah penuh, kitaorang setatkan enjin dan cek balik kalo still leaking. Tapi alhamdulillah tak bocor sesangat lagik dah. So, kitaorang packup dan teruskan perjalanan ke rumah abang aku di Selayang. Tapi kena cepat gak, sebab enjin tu panas. Takut singgam tu jadik lembik pastu tertanggal balik…
Alhamdulillah, sampai gak adik aku ke rumah abang aku with minor complication with the leaking. Idea McGyver aku menjadik malam tu. Ahaks! :lompatsummersault:
Tulah, macam yang aku cakap tadik, tak der rotan, akar pun jadik. Tak der menda yang dimahukan, menda lain masih lagi boleh jadi pengganti. Asalkan ada kemahuan, di situ ada jalan… Yang penting berusaha!
Terima kasih singgam berjenama Double Mint kerana menjadi penyelamat dunia di dalam keadaan yang agak genting.
p/s : Sempat ke adik aku ganti yang baru hose tu Ahad lepas? Hmmm…
p/ss : Nak kena boh satu musking tape dalam keta, takut² kalo keadaan jadik camni. Mana la taw kan?