2010 dah sampai ke penghujung. 2011 bakal tiba pada pertengahan malam ini. Banyak perkara yang berlaku pada 2010 samada yang baik mahupun yang buruk. Semuanya boleh dijadikan iktibar kepada diri sendiri supaya menjadi manusia yang lebih matang dalam menjalani kehidupan sehari².
Terima kasih 2010, kerana memberi peluang kepada aku untuk mempelajari lebih banyak perkara baru dalam hidup. Perginya engkau akan sentiasa menjadi kenangan di sudut hati…
Selamat datang 2011. Semoga titian hidup seharian aku sepanjang kehadiran mu akan sentiasa aku menfaatkan sepenuhnya.
Dan dunia berputar seperti biasa…