Semenjak dua menjak ni, terasa masa amat cepat berlalu. Macam baru je menyambut tahun baru 2010, sekarang sudah di penghujung tahun dah. Masa 24 jam sehari macam tak cukup untuk melakukan kerja² sendiri. 8 jam di tempat kerja, 8 jam di rumah dan 8 jam untuk berehat...
Sebab tulah aku sebolehnya mengurangkan masa untuk tidur dengan meluangkan beberapa jam sahaja. Kalau dapat 4 jam tidur pun macam dah memadai. Yelah… kita dah banyak sangat tidur, apa salahnya kurangkan masa tidur tu untuk masa membuat kerja lain. Tapi consequencesnya, menguap aje lah aku kat pejabat… (v_v)
Kan bagus kalau masa yang berjalan itu lebih perlahan…
Tapi, siapalah kita untuk mengawal masa. Apatah lagi nak memusingkan balik perkara lepas yang terjadi. Memang betul kata-kata dari Al-Quran, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali orang² yang beramal soleh dan melakukan kebajikan…”
p/s : sentiasalah kita ingat mengingati