Berchatting dengan kawan lama di YM tadik. Menceritakan keadaan di Kedah yang sedang banjir sekarang ni. Sedih. Lebih kurang 40,000 orang terpaksa dipindahkan dari kediaman masing². Bekalan air bersih yang tak mencukupi, bekalan makanan mentah yang berkurangan, hubungan jalanraya yang terputus… Semuanya kerana banjir besar yang berlaku di sana.
Walaupun kita mendengar berita dari kaca televisyen tentang banjir Kedah, tetapi apabila aku mendengar sendiri daripada mulut dia (jari sebenarnya… ehehehe…), tentang perit jerih diri dia dan penduduk Kedah dalam waktu kesusahan ni, aku hanya mampu berkata, “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Susah senang mereka saja yang rasakan…
Sama-samalah kita mendoakan keadaan banjir di sana segera reda, dan memudahkan urusan mereka yang dalam kesusahan… Amin…
p/s : Gambar² di atas adalah sumbangan Mizi, terima kasih! Banyak lagi gambar sebenarnya, nanti aku upload dari masa ke semasa…