Lama lak rasanya tak memposting ke blog nih. Tak der idea sebenarnya. Nak kata bizi tu, tak la jugak. Tapi membizibodikan diri adalah kot. (T-T) Ah! Lupakan…
Sebenarnya aku nak bercerita pasal majalah Gempak ni. Untuk sekian kalinya aku dah termiss untuk membeli beberapa keluaran dia semenjak diperkenalkan dalam pasaran. Sedih jugak la tak dapat membaca ape ke menda yang direpekkan dalam tu aku pun tak taw, tapi dah macam dah jadi kemestian untuk aku membelinya pada setiap bulan. Bukan sekali, tetapi 2 kali sebulan…
Sampaikan aku dah tak tahu nak letak kat mana majalah tu sekarang sebab dah terlampau banyaknya dalam simpanan ak. Almaklumlah… Nak buang sayang, nak simpan lak terasa menyemak. Tapi… Huhuhu… sayang tu! Dari awal penerbitan aku ikut, sampai la sekarang ni. Pelbagai perubahan yang dah aku tengok pada majalah ni… Dari edisi bumper, edisi nipis, edisi sebesar alam, sampailah ke edisi kecik… semuanya aku dah merasa…
Tapi, aku rasakan, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada majalah kesayangan aku ni, untuk memberi laluan kepada perkara lain dalam hidup aku… Ruang yang dahulunya dikhaskan untuk majalah ni, perlu diutamakan pada perkara lain yang lebih penting buat masa sekarang… Koleksi² majalah gempak lama yang dulunya menjadi kebanggaan aku, sekarang terpaksa aku sorokkan di bawah katil yang gelap supaya tidak dilihat bersepah,,,
Sedey… (T-T) Mungkin untuk masa yang akan datang, aku akan kembali membacanya!