Persediaan...








Persediaan untuk majlis persandingan adik aku pada hari Sabtu ni, sekarang ni sedang rancak dijalankan. Khemah dah naik, pelamin dah pasang, periuk belanga dah diambil... dan backdrop pun dah dinaikkan untuk sesi fotografi nanti.








Cuma tinggal hendak susun meja dan kerusi saja esok. Masak memasak pulak pada pagi Sabtu tu nanti. Memang keadaan akan menjadi sibuk untuk kami sekeluarga.

Aku dengan adik aku pulak, sibuk sekarang ni dengan slideshow hari pernikahan dan persandingan di rumah perempuan tempohari untuk dipasang pada hari kejadian. Bizi bizi bizi (tak der la bizi mana pun... nyeh nyeh nyeh nyeh...) Cuma malam ni mungkin banyak kerja yang menanti...

Gambar bawah ni, adalah antara kerja-kerja memasang pelamin yang baru siap jap tadik.


















Tadaaaa... Dah siap pun pelamin. Nanti aku update lagi perkembangan semasa kerja-kerja persediaan majlis persandingan adik aku. Stay tune...

[via iPhone]