Hari kejadian...

Huhuhu... Mintak mahap ler tak buat posting smalam. Penat nak mampos. Terasa pinggang ni dah macam nak patah le plak. Tak brenti buat kerja dari awal pagi smalam. Sampai gambar pun lupa nak snap. Kirja kirja kirja... Huhu...

Aku bangun seawal 6.30 pagi. Lepas mandi terus aku gi cuci pinggan yang bertimbun kat depan rumah (tak der la bertimbun mana pun, saja je nak membesar-besarkan). Lebih kurang pukul 9.30 pagi baru la siap buat kerja segala. Asik dok menonggeng jer, pinggang aku yang tak brape nak baik ni sakit balik. Huhuhu...

Time pukul 10.00 pagi orang dah ramai datang. Ye la, sebab kitaorang buat sarapan untuk orang-orang yang buat kerja. Sambil derang sarapan, aku ambek kesempatan untuk mandi dan bersiap. Kitaorang satu keluarga dah cadang nak pakai warna hijau sedondon. Huhuhu...








Time ni, tukang main kompang jawa dah mula memainkan marhaban sementara menunggu pengantin sampai. Aku plak dah siap dengan kamera ngan camcoder untuk shoot gegambar sekitar tempat kejadian. Oleh sebab hari kejadian panas nak mamfus (tapi alhamdulillah, hujan tak turun waktu ni...)

Lebih kurang jam 12.30 tengahari, pengantin pun sampai dengan konvoi Kenarianz. Banyak giler Kenari-kenari yang mengiring adik ngan adik ipar aku sampai tak muat derang nak park kereta kat kawasan rumah.















So, lebih kurang dalam pukul 1.00 petang, kedua pengantin pun mula bersanding sambil diperhatikan oleh sanak saudara, kawan-kawan dan rakan sekerja. Tak berapa lama lepas tu, derang makan beradap pulak dengan keluarga sebelah pengantin perempuan.

Majlis berjalan sehingga pukul 4.00 petang. Namun walaupun majlis dah habis, masih lagi terdapat lagi sanak saudara, kawan-kawan dan tetamu yang datang. Alhamdulilkah. Majlis resepsi berjalan dengan lancar dan meriah. Walaupun penat, seronok juga...

Lebih kurang jam 4.00 petang, Kak Shima dengan Adli sampai ke rumah aku. Derang bertolak dari KL selepas kerja. Walaupun majlis dah habis, tapi tetap melayan derang berdua... Sampai jugak derang berdua ke rumah aku...















Lepas habis jer melayan Adli dengan Kak Shima, kami bertiga keluar sekejap ke Ipoh, sebab dah berjanji dengan derang berdua nak pusing ke Ipoh sekejap sebelum derang berdua balik semula ke KL.

Dah tak taw apa lagi aku nak tulis, sebab time aku buat entry ni, aku dalam perjalanan balik ke KL. Penat masih lagi tak hilang kalau nak ikutkan. Nasib baik esok cuti, dapat gak rehat...

Kepada semua yang hadir ke majlis resepsi Nizam dan Siti pada 3hb yang lepas, kami semua satu keluarga mengucapkan terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah, kalau ada lagi majlis resepsi macam ni, kami jemput lagi.

[via iPhone]