Hari kejadian semakin hampir...

Perghhhh... Penat giler ari nih. Pukul 1.30 pagi baru aku bley nak rehat bagai. Macam-macam preparation yang nak kena siapkan ari nih. Nasib baik separuh dari kerja tu dah disiapkan semalam. Kalau idak... Mampos nak kerjakan semua menda.













Pagi-pagi aku ngan adik beradik aku dah kena tolong melapah daging lembu. Nasib baik tak semua. Mampos kalo semua sekali nak kena lapah. Tak ler kitaorang melapah semua sekali, setakat menceraikan tulang rusuk lembu jer. Yang lain dibuat orang kampung secara gotong royong...

Sambil melapah tu, ada la dua tiga orang pekerja pasang khemah smalam siapkan meja santapan pengantin untuk esok. Kejap jer derang buat. Dah biasa... Hehehe...















Lepas sembahyang Jumaat, berduyun orang kampung datang merewang kat rumah aku. Masing-masing bawak pisau sendiri yang akan digunakan untuk melapah dan memotong daging lembu dan kambing. Ayam pun ada kalo aku tak silap. Yang makcik-makcik pulak kerja derang memotong sayur, bawang dan sebagainya. Meriah jugak ler kerja-kerja gotong-royong petang tadik. Aku pulak, skali ngan adik aku mengerjakan babat untuk dibersihkan. Huhuhu... Susah ler nak mengerjakan menda alah tu.






































Bila semua kerja dah siap, tukang masak pun mula la menjalankan tugas dia. Ada dua orang tukang masak. Cepat sikit siap. Derang masak untuk majlis malam karang. Ada marhaban ngan majlis tahlil.

Sesambil tu, kerja kitaorang masih lagi diteruskan. Kena kemas meja ngan kerusi ler pulak untuk majlis malam ni ngan esok. Bila lagi kalo tak buat sekarang... Huhuhu... Penay dol!














Bila dah siap semua, baru la boley rehat jap. Mandi bagai. Orang kampung pun banyak dah beransur untuk siap-siap untuk malam karang.

Majlis malam tu, bermula dengan marhaban selepas maghrib. Kendian derang sembahyang Isyak lak berjemaah. Kemudian barulah majlis tahlil dimulakan. MasyaAllah... Ramai giler yang datang. Penuh ler 2-2 khemah kat luar tu ngan orang. Keje aku ambik gambo jer. Wahahaha... Sapa lagi yang nak diharapkan kalo bukan aku?














Habis majlis tahlik, mula la jamuan makan. Menu malam ni; nasi
putih, sup tulang, kerabu babat, ikan masin ngan ayam kicap. Wahahaha... Aku makan sup tulang jer. Berselera beb! Huhu...

Esok hari kejadian. Satu lagi hari yang bakal memenatkan. Keje aku ngambik gambo ngan video. Kena pakai baju melayu pulak tu. Kami sekeluargabakan sedondon esok. Wahahaha... Bestnya... Walau apa pun, memang menunggu esok menjelma. Jemput la datang esok ya semua...

Daaaa... Jumpa lagi esok untuk laporan kejadian!

[siaran tertangguh dari Ipoh]
[via iPhone]