Huhuhu… Hujung-hujung bulan Ogos nih, aku agak sibuk sikit. Maklumlah, bertambah sikit beban kerja aku. Mana nak buat kerja opis lagik, mana nak gi marching lagik. Uhuk huk huk… Lupa lak nak bagi tau, aku hari tu terpilih untuk mewakili KPJ dalam Perbarisan Hari Kemerdekaan 2009. Aku diberitahu oleh bos aku pun last minute. Isnin praktis, hari Sabtu sebelum tu dia bagitau aku. Walaupun hati meronta-ronta tak mo gi, aku terpaksa gak masuk sebab tu arahan bos aku dan jugak HQ. Huhuhu… berjurailah air mata aku sekejap.
Jump…
So, pada hari Isnin yang lepas, kami dari KPJ dan Pantai pun bersama-sama buat marching. Kami dicombinekan bersama sebab kami dalam sektor yang sama. Okay la pada hari yang pertama tu, tapi bahananya, penat nak mampos. Ye la, kena berdiri tengah panas dari 8.30 pagi sampai la pukul 1.30 tengahari. Macam nak pitam dah aku. So, bila dah habis prektis hari Isnin tu, kami diberi kasut, baju dan jugak seluar untuk kami pakai kat MSN esok hari. Nak dijadikan cerita, lepas abis prektis tu, kena plak sambung kerja pukul 2. Tapi aku masuk lambat sikit sebab aku balik lewat. Kat opis, haaaa… tersengguk-sengguk ko!
So, untuk hari Selasa dengan semalam (Khamis), kami prektis marching kat MSN Bukit Jalik. Mak Aih, ramai betul yang masuk perbarisan. Yang ada ni pun baru dari sektor swasta. Tu pun belum dari sektor kerajaan, military lagik… Mampus la aku dalam lautan manusia. Tapi lantak la. Aku dapat gak pengalaman dengan memenda macam ni. Slalu tengok kat tivi jer, sekarang aku plak yang bakal masuk tivi. Akakakakaka…
Habis jer latihan prektis marching petang tu, balik terus ke rumah dan terus tidur tak ingat dunia… Alahai… Penat sungguh!