Aku memang bercadang untuk mengambil seorang anak angkat in the near future. Aku tau aku tak kawen lagik, tapi memang dah lama menjadi keinginan aku untuk mengambil anak angkat seorang dan mencurahkan semua kasih sayang aku padanya. Lantak korang la nak cakap apa pun, tapi itulah hajat aku selagi nyawa masih dalam hayat aku.
Lompat…
Aku pernah gak menyatakan hasrat aku ni pada kedua orang tua aku, dan seperti yang dah aku jangkakan, derang memang tak suka dan tak setuju. Derang lebih prefer aku mempunyai anak sendiri dengan… berkahwin. Adeh! Maleh betul aku bila derang ungkit pasal menda nih. So, aku jawab jer la aku ada reason sendiri dan aku nak buat kebajikan. Tak salah kan?
Tadik, aku surf la memenda tentang perihal nak ambek anak angkat nih. Aku terjumpa site nih. Terbuka luas hajat aku nak mengambil anak angkat. So, bawah ni apa yang dia bagi tau. Bawah perenggan syarat² tu, aku senyum besar jer bila ditulis orang bujang pun boleh memohon. Hahaha… Besh besh!!!
Permohonan Anak Pelihara
DEFINASI
Kanak-kanak : Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001
Ibu / bapa peliharaan :
- Seseorang yang bukan ibu atau bapa atau saudara seseorang kanak-kanak
a) Yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang telah diberikan oleh perintah Mahkamah
di bawah perenggan
b) Yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah seksyen 35 atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan,
untuk menerima seseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya
Anak Pelihara : Seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu atau bapa peliharaan di bawah perenggan 30 (1)(e) AKK 2001OBJEKTIF
Ibu Bapa Pelihara
Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul.
Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak peliharaAnak Pelihara
Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurnaSYARAT-SYARAT :
Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
Berusia 25 hingga 60 Tahun
Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan
(pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
Menganut agama yang sama dengan kanak-kanakDOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :
Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.
PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA
Menilai latar belakang sosial pemohon
Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:
Pn Wan Zabariah binti Wan Harun - 03-26165954
En Mohd Kamal bin Mohd Ghadzalli - 03-26165949
p/s: Doakan harapan aku ni menjadi kenyataan nanti!