Habis masa berbual kosong jer, sambil merancang apa yang nak dilakukan pada hari minggu. Aku dah bagitau awal², kalau ada apa², aku tak nak hari Ahad sebab hari Ahad aku dah pun plan untuk membuat kerja aku kat rumah. So, maknanya, lepas kerja esoklah aku free...
Sambil sibuk menyembang, terpandang pulak duit Arab yang Apis bawak keluar dari wallet dia. Terus aku tengok dan melakukan aksi² seberikut yang cuba aku tiru dari blog² yang aku baca. Hehehehe... Pecah perut aku time nak ambik gambar, hasilnya tak la berapa best macam yang terhasil daripada orang yang pernah membuatnya sebelum ini...
Gambar² selepas jump...
Hehehehe... Memang tak menjadi gambar yang aku ambil. Sebab tangan aku asyik bergoyang sebab menahan ketawa melihat gambar masing². Tapi tak kisah la. Janji ada. Miahahaha...
Tak lama kemudian, Man dengan Yan pulak sampai... Dah jadik kedai alat solek pulak meja yang aku duduk. Dan Shahrul, Yan dengan Mak Ngah sibuk berbincang pasal barang² makeup yang Shahrul bawak untuk dijual. Aku dok mengacau ajer la Yan dengan Mak Ngah yang terkocoh² melihat semua barang² makeup tu. Aku dok boring sebab tak tau nak sembang apa. Lan dengan Man plak sibuk bincang pasal kereta, pun aku tak tau nak mencelah apa sebab aku tak minat. Last², aku ngan Shahrul team-up mengacau Yan dengan Mak Ngah yang tengah membelek barang makeup tu. Hehuuuu...
Yan ngan Mak Ngah tengah mencoba test barang makeup...
Lan dan Man sibuk citer pasal kereta...
Tak abes lagi pilih barang makeup tu?
Tepat jam 12.30 malam, kami balik sebab esok nak keje. Esok plak kena balik awal sebab nak jumpa dengan Lia. Dia nak menerangkan memenda yang dia nak perkenalkan kat aku. Tapi yang bestnya, aku dengan beberapa budak Jaquezee nak gi makan stimboat esok! Tak sabarnyaaa... Esok aku citer. Nak tidur dah! Babai semua. Selamat malam...