Tokei kedai makan di kiri dan kanan pelik dengan apa yang cuba kitaorang buat. Mmmm... lantak derang la. Derang bukan tau pun hal² macam ni. Tak faham dengan keadaan Bumi yang dah semakin parah. Yang derang tau, nak mengabiskan hasil bumi yang dah tinggal sisa² ni. Ada jugak la kedengaran sosek² dari tokei kedai lain mengatakan yang perbuatan kitaorang ni mengada² dan tak berfaedah (Tapi lantak korang la! Macam apa yang kakak aku cakap, pedulikan mulut busuk derang! Mulut macam loji taik). Ada gak yang mengatakan kakak aku ni tengah memanggil jin. Bodoh! Akai ada ka? Terrer sungguh kakak aku panggil jin sampai satu dunia dia tutup lampu! Hehehehe...
Nampak pelik la bila tempat kami sahaja yang bergelap, tapi nampak cantik dengan kelipan lilin². Dah kira jadik macam candle light dinner kedai kakak aku tu. Tapi alhamdulillah! Berkat sokongan kakak aku dan aku pada Earth Hour ni, sepanjang kedai aku ditutup lampunya, tak putus² customer datang tempat kakak aku. Tempat lain yang terang benderang semuanya kosong. Terpinga² jugak la tokei kedai yang bermulut taik tadi bila tempat derang lengang.
Hampir sejam kedai kakak aku bergelap, customer masih lagi membanjiri kedai kakak aku. Bila dah sampai jam 9.30 malam, dan sepatutnya lampu boleh dibuka semula, kedai kami masih lagi bergelap. Bukannya apa, customer yang datang semuanya meminta kakak aku biarkan lampu ditutup. Sampai ada yang suggest pada kakak aku supaya kekalkan keadaan macam ni. Derang seronok dengan keadaan tu. Tapi, lebih kurang jam 10.00 malam, kami bukak balik lampu. Baru la nampak lubang idong memasing! Tahun depan, kita sokong lagik...
Apa² pon, untuk mereka yang menyokong Earth Hour, tahniah aku ucapkan. Sememangnya Bumi memerlukan korang yang tahu menilai baik dan buruk untuk generasi masa depan.