Hari Ahad datang lagi!

View Makan di Johnny

Hari Ahad datang lagiā€¦ Ingatkan aku tak nak keluar memana hari ni. Tapi, rancangan untuk makan kat Johnny macam tempting jer. Memang dah plan dari ari tu lagi nak gi makan steamboat. Tapi asyik tak jadik jer. So, hari ni, bertemankan Lan, Shahrul dan adik aku, kami berempat pergi ke Johnny di Alpha Angle, AEON Wangsamaju.

Tepat pukul 12.30 tengahari, aku turun ke GP untuk menungu Lan, Shahrul dengan adik aku Nizam. Sempat gak aku gi makan branch (branch ke?) kat GP sambil bersembang dengan Kak Zie ngan Syafiq. Bila derang sampai jer, kitaorang terus gerak ke Alpha Angle dengan menaiki kereta Kenari Nizam. Seronok gak la naik kereta baru dia since dia dah banyak tukar interior kereta dia. termasuklah GPS yang kitaorang ā€œjakunā€ kan dalam kereta dia tu. Heheheheā€¦

DSC00900
Roti menan yang Nizam boh kat dashboard keta diaā€¦

Sampai kat Alpha Angle, terus carik Johnny. Dok kejap sambil tengok menu  dan kemudiannya order. AlaĀ² macam nak makan untuk sepuluh orang gak la order kiteorang. Heheheheheā€¦ Sumer nak. Menda dalam bekas steamboat tu pun belum tentu lagik habis, tambah lagik side order lain. Tamak sungguh!

DSC00887 
Amboiā€¦ banyak nyer menda dalam bekas tuh!

DSC00888
Steamer sebelum makanā€¦ Penuh!

DSC00889
Sedapnyaā€¦ Sampai tak perasan Shahrul amek gambo.

DSC00890
Lan tahan panas sambil menyedok makanan dalam mangkuk dia.

DSC00891 
Ni pun makan sampai tak sedar amek gambo!

DSC00892
Shahrul cool jer makanā€¦ Hiahahahahaā€¦

DSC00893
Steamer selepas makanā€¦ Licin!

DSC00894
Ni time makan side dishes plak. Chicken wingsā€¦

DSC00895
Amboi! Sedapnyaā€¦

DSC00898
Muka puas hati!

Pas abes makan, kiteorang gi shopping jap. Gi gak riki portable aircond yang aku carik tu, masih lagik tak ada. Hampa lagik hati ku ini. Huhuhuā€¦ (T_T). kat AEON plak, menyoping 2-3 barang. Aku beli lah beberapa menda yang tak berfaedah tetapi agak berguna jugak la kat bilik aku nanti. Beli bekas baju kotor, beli handphone holder, beli aerial tivi ngan sehelai jeketā€¦ Buleh tahan gak la harga. Tapi nasib baik la tengah ada sale!ā€¦

DSC00901
Comel betul bekas letak tipun nih!

DSC00907
Ni aerial booster tivi yang aku beli!

DSC00908
Ni pun comel gaks! Bekas pakaian kotorā€¦

DSC00899
Ni la mesej yang cash register cakap kat aku lepas aku bayar! Heheā€¦

Lepas tu plak, kami berempat gi plak ke Courts Mammoth Setapak. SemataĀ² nak tengok kalauĀ² Courts ada jual portable aircond yang aku carikĀ². Pun tak ada gak. Hampa lagik. PusingĀ² situ jap tengok bebarang elektrik yang menggiurkan sebelum kitaorang bergerak balik ke GP. Rambang gak la mata tengok home theater, tengok notebookā€¦ Gadget itu iniā€¦ Cuma dapat tengok jer la! Heheheheā€¦

Balik ke GP, kitaorang menyembang sampai la 10.30 malam. Mak Ngah, Sue dengan adik dia menjoinkan diri gak. Saja jer derang datang. Bila dah berkumpul, memacam menda merepek keluar. Siap kena batang idung aku lagik. Ches! Koperat betol. Heheheheā€¦ So, hari Ahad yang datang dah pun nak melabuhkan tirai. Tinggal beberapa jam jer lagik untuk hari baru datang. Isninā€¦ Adeh! Kerja lagik!ā€¦ Tunggu lagi Ahad yang akan datangā€¦ Nanti gi muzeum plak. Hehu!ā€¦

DSC00902
Lan makan lagik! Lapo dia datang balik! Heheheheā€¦

DSC00904
Sue ngan adik dia.

DSC00906 
Aku dengan adik akuā€¦

p/s: Minggu depan ke muzeum? Hmmmā€¦ Jadik ke idak? Nanti aku canangkan! (^_^)