So, pada hari kejadian, seramai lebih kurang 41 orang telah datang menghadirkan diri serta menggamatkan suasana (terutamanya Kanee dan Tomat). Acara bermula lebih kurang jam 2 petang di Rumah Pena dengan pendaftaran ahli serta pemberian cenderamata. Cenderamata ini telah ditaja oleh Aki dan Yun yang merupakan kipas lipat serta stiker MDC, terima kasih banyak² buat mereka berdua. Hehehe...
Antara mereka yang hadir adalah...
1. kukubesi + mariah safiah
2. que + mia juwita
3. betterman
4. amoi
5. bk
6. mardau
7. langsuir80
8. matboo
9. duktur jiwa
10. kanee
11. fiuse
12. attok
13. ijann
14. jimi
15. fatinlissa
16. anak melayu
17. babykudut
18. nuralisya
19. aki
20. hensem
21. spy incg
22. padat
23. pojie
24. yati
25. malique
26. cam51
27. laikatong
28. abe
29. cik A
30. sukriali
31. yun
32. yuninut
33. real kapok
34. mrsyampa
35. ct syampa
36. saniy
37. donna
38. ezrin
39. fansurina
40. pompuan pdah
41. kop
Pada jam 3 petang, majlis dimulakan dengan emcee iaitu Batterman menjemput Saniy untuk bacaan doa dan diikuti dengan acara makan². Antara makanan yang disediakan adalah lemang, rendang, nasi impit, soto, kuih-muih, buah²an dan air sirap. Suasana paling santai paling dapat dilihat ketika acara makan di mana semua yang datang duduk bersila dan bersimpuh di lantai sambil makan dan mengumpat. Ada jugak yang duduk diluar sambil berasap. Hilai ketawa terus kedengaran bila semua yang hadir membuka nostalgia lama dan bercerita mengenai topik di Melayu.com...
Setelah semua kenyang, acara diteruskan dengan persembahan daripada MatBoo, Mardau dan BK yang menyanyikan beberapa lagu raya dan diikuti pula dengan monolog daripada Attok. Monolog ini telah Attok tujukan kepada arwah Esah, salah seorang rakan Melayu.com yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Suasana sunyi seketika apabila monolog yang Attok bacakan berkisar tentang sejarah dan sumbangan Esah kepada Melayu.com...
Acara seterusnya adalah permainan yang dianjurkan oleh Attok. Semua yang hadir telah mengambil bahagian dalam acara permainan "Botol" yang menggamatkan suasana. Semua yang hadir dikehendaki duduk di dalam bulatan dan kemudiannya mengira bermula dengan 1 dan setiap nombor 7, gandaan 7 serta nombor yang ada nombor 7 didalamnya dikehendaki menyebut botol. Apa yang kelakar, mereka yang sepatutnya menyebut botol gagal menyebut yang menyebabkan mereka disingkirkan daripada permainan...
Acara berhenti sebentar untuk rehat dan sembahyang Asar kemudiannya. Dalam pada masa ni, adalah yang sempat sambung makan, ada yang dok bersembang dan mengumpat, bergambar dan sebagainya.
Acara seterusnya dan merupakan acara terakhir pada majlis Gath ini adalah acara tradisi Melayu.com iaitu bertukar² hadiah dimana setiap yang hadir dikehendaki membeli hadiah berharga RM5 setiap sorang untuk ditukarkan kepada hadirin yang lain. Apabila pertukaran dibuat sorang demi seorang, mereka dikehendaki membuka dan menunjukkan hadiah yang mereka dapati pada ketika itu juga. Ada dapat hadiah yang best, ada cam hampeh... Tapi itulah kemeriahan dan nostalgia yang dapat diingat sampai bila².
Acara tamat selepas sessi bergambar beramai² diadakan...
Apa yang dapat disimpulkan, gath pada hari ini adalah gath yang paling sempoi dan santai pernah diadakan. Kena dengan tema yang diberi iaitu "open house" dan Melayu.com. Kalau tahun depan dibuat tempat yang sama, mesti meriah.
p/s: Aku hanya dapat mengambil gambar sehingga acara bermain game sahaja kerana memori kamera dah full. Untuk updates pada gambar² seterusnya, tunggu gambar daripada yang lain diupload.