Antaranya kengkawan lama yang dapat aku hubungi adalah dari STAR iaitu Helmi, jiran katil aku semasa di Star. Lama jugak aku berborak ngan dia kat YM. Hehehehe... Maklumlah, kawan lama. Satu kelas plak tuh, sebelah katil, satu batch freshies. Dari khabar terbaru yang tahu, dia sekarang ni tak berapa sihat macam dulu. Sedih aku dengarnya. Slalu berulang alik ke hospital... Hmmmm... Tapi, dia jugak cakap yang dia dah semakin sihat. Itulah yang aku nak, malah bukan aku sorang jer, semua yang kenal dia la nakkan dia sihat macam dulu.
So, untuk Helmi, banyakkan rehat okay! Let your body get a good rest and heal itself! InsyaAllah!
p/s: Nanti aku update lagi sekiranya aku dapat contact kengkawan dari SMUK/SMKUK.