Selamat hari ibu buat mak…

Selamat hari ibu,

Izan ucapkan buat mak…

Terlalu banyak yang mak telah berikan,

Terlalu banyak jasa untuk dikenang,

Tak terbalas oleh anakmu ini…

 

Tiada yang lebih penting,

Di dalam dunia ini,

Selain daripada mak seorang,

Tiada yang lebih membahagiakan,

Daripada kasih mak,

Sayang aku pada mak,

Tidak ternilai dengan seribu intan sekalipun,

 

Terima kasih kerana melahirkan aku,

Terima kasih kerana memberi aku susu mu,

Terima ksih kerana melindungiku,

Terima kasih kerana mengajar aku berjalan,

Terima kasih kerana menyekolahkan ku,

Terima kasih kerana memukulku,

Terima kasih kerana menemankan aku,

Terima kasih kerana mempercayai ku,

Terima kasih kerana mengelapkan airmata ku,

Terima kasih…

Terima kasih…

Terima kasih…

 

Mak, Izan sayang mak!…

 

(^___^)~♥

 

Sayang mak! 

p/s : Hari² hari ibu… Tapi hari ini lebih istimewa dari hari biasa…