Tinggalkan Mei…
Dalam keadaan yang serba serbi,
Yang masih belum menjadi.
Sedar tak sedar,
Sudah setengah tahun,
Masa berjalan…
Meninggalkan 2011.
Sekelip mata,
Bagai semalam menyambut,
Tahun baru…
Semakin hari semakin tua,
Semakin hari selangkah mendekati mati…
Tapi amalan tetap macam tu,
Entah berkurang atau bertambah…
Tiap hari kata mahu berubah,
Semakin mendekatiNya,
Tapi macam tu juga…
Apa nak jadi?
Bagaimana pula dengan di dunia?
Adakah semakin berkembang?
Adakah semakin maju menggapai angan?
Atau masih ditampok lama?
Tak berganjak…
Jun… hendak tak hendak,
Dia tetap akan datang,
Dijemput atau tidak,
Dia tetap akan datang,
Samada kita sedar atau tak,
Dia tetap akan datang,
Itu hari ini…
Esok lusa?
Mungkin Jun tidak lagi datang,
Mungkin pada aku…
Mungkin pada kamu…
Siapa yang tahu?
Hanya Dia!
(^__^)/
p/s : Bulan ni bulan penting seseorang…