Rindu Abah, Sayang Abah…

abah Masa nak pergi kerja,

Pagi tadi…

Aku dengar siaran radio,

Dalam kereta…

Memula tu,

Biasa je…

Tapi lelama…

Jadi emotional lak.

 

Entah naper,

Aku jadi rindu gile,

Kat Abah…

 

Sambil dengar radio,

Bila sorang anak ni,

Tak pernah cakap,

Yang dia sayang Ayah dia…

Dan dia ambil kesempatan itu,

Untuk beritahu,

Yang dia sangat sayang Ayah dia.

Walaupun dia tak pernah beritahu,

Pada Ayah dia…

Dengar nada memalu,

Dan gementar,

Dia beritahu Ayah dia,

Yang dia sangat sayang Ayah dia…

Dan Ayah dia,

Menjawab dengan jawapan yang sama…

Walaupun tak kedengaran dalam ruang udara,

Getar suara Ayah dia,

Boleh memberitahu,

Yang Ayah dia sedang menangis gembira…

Walau dalam nada ketawa,

Tapi dia sedang menangis…

Gembira…

 

Ntah tak semena²,

Air mata aku bergenang masa tu,

Rasa rindu pada Abah,

Sangat²,

Aku pun tak pernah beritahu dia,

Yang aku sangat sayang pada Abah.

Padahal,

Bukan susah pun nak beritahu,

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja,

Air mata aku meleleh,

Tak mahu berhenti,

Rasa rindu pada Abah,

Sangat² tebal.

Sampailah waktu aku menulis entry ini…

Kalau Abah dekat,

Dah tentu aku peluk Abah kuat²…

Aku tak kira,

Apa pun yang dia fikir…

Aku rindu dengan Abah.

Aku sayang kat Abah.

 

(TT__TT)

 

Izan tau, Izan bukan anak yang baik,

Tapi Izan cuba jadi yang terbaik,

Izan sangat sayang pada Abah,

Tak ada apa yang boleh ubah hakikat itu,

Nanti Izan bagitau Abah,

Sendiri…

Biar Abah dengar dengan telinga Abah…

Yang Izan sayang kat Abah…

 

p/s : Rindu juga pada mak…

p/s/s : Korang pula bagaimana? Ada beritahu mereka yang korang sayang mereka?