Salam…
Kalau korang baca entry aku yang terdahulu, aku ada bagitaw yang aku sekarang sedang menyiapkan sebuah novel yang telah aku mulakan lebih kurang 3 tahun yang lepas. Memang dah menjadi anganan aku untuk menulis cerita cereka untuk bacaan umum. Tak tak tawlah macam mana sambutannya nanti. Orang akan suka atau tak, aku tak kisah sangat. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya aku dah mencapai matlamat aku untuk menulis novel aku sendiri. My own original afford!
Kenapa 3 tahun baru sekarang aku nak siapkan? Hmmm… Jawapan dia mudah saja. Ketiadaan masa, mind block dan aku sibuk dengan kerja-kerja hakiki. Cuma semenjak dua menjak ni, aku rasa novel yang dah aku mulakan dahulu macam terbiar dan sayang rasanya kalau idea cerita ni mati sebegitu sahaja. Langsung tak nampak cahaya untuk sampai ke hujung garisan. Juga disebabkan aku iri dengan pencapaian sesetengah orang yang berani untuk mengambil risiko untuk mencapai apa yang diinginkan.
Menulis memang sudah menjadi minat aku semenjad dari dahulu. Tak mengapa sekiranya aku meneruskan minat aku ni ke satu lagi tahap yang bukan sekadar biasa-biasa sahaja. Kalau orang lain boleh menulis dengan baik, kenapa tak aku? Jadi, aku mengambil inisiatif sendiri dengan memulakannya semula dari awal. Berbekalkan dengan idea yang dahulu, aku cuma menyambung kembali dengan semangat yang dah diperbaharui.
Sebenarnya entry kali ni, aku nak tunjukkan proses-proses yang aku guna untuk menyiapkan novel ni. Memang sekarang sudah senang dengan adanya komputer. Tak perlu lagi aku nak menulis di dalam buku dan kemudian menaipnya semual di dalam komputer.
Perkara pertama untuk menyiapkan novel ni ialah, aku kena ada idea tentang apa yang perlu aku tulis. Aku kena mempunyai sedikit vision tentang keseluruhan cerita. Kalau tak der idea, tentulah tak akan ada cerita yang akan aku tulis.
Yang kedua pulak, aku kena fikirkan dahulu watak-watak yang akan muncul di dalam novel ni. Bermula dengan watak utama, kedua dan sampingan dan seterusnya. Aku kena fikirkan berapa banyak watak yang perlu, dan tak kisahlah berapa banyak pun. Kemudian, aku kena masukkan biodata serta latar belakang tentang watak yang telah aku cipta. Semuanya kena aku fikirkan, dari nama, umur, tinggi, berat… sehinggalah apa yang watak tu suka dan apa yang dia tak suka. Proses ni berulang untuk semua watak-watak yang lain. Kalau tak buat macam ni, sepanjang penulisan novel, aku akan blank dan tak kenal sebetul-betulnya tentang cerita yang aku tulis.
Pernah gak aku mintak pertolongan daripada kawan untuk mencipta satu watak untuk aku tambah dalam novel aku ni. Sebab aku dah tak ada idea watak apa lagi yang perlu aku cipta. Mind block waktu tu. So, 2 head are better than 1. Cepat jer masalah yang satu ni selesai. Thank you Aniraz! (^_^)/
Bila dah siap watak yang perlu, aku mulakan pulak dengan outline cerita. Untuk proses yang ni, aku gunakan satu software untuk memplot setiap outline cerita tu. Software yang aku guna adalah “Freemind” dan ianya free untuk digunakan. Software tu lebih kurang macam bawah ni:
Dengan adanya software yang aku gunakan tu, senang aku nak map setiap point penting untuk aku elaboratekan menjadi cerita. Senang jer nak guna program tu, sebab ianya memang user-friendly.
Download : Freemind
Seterusnya, lepas aku plotkan semua outline jalan cerita, aku mulakan menulis secara detail tentang jalan ceritanya pulak. Untuk tugas ni, aku gunakan satu lagi software yang digunakan untuk menulis novel. Yang bestnya pasal software ni, ianya free. “yWriter” versi ke 5 namanya. Selain senang nak digunakan, ianya memudahkan aku untuk mengedit, menambah, dan compile semua scene dan bab yang menjadikan keseluruhan cerita. Kalau dahulu, aku hanya menggunakan Words untuk menulis novel, sekarang aku gunakan saja software ni sebab ianya memang software yang khusus untuk penulisan novel.
Download : yWriter 5
Setakat ni, aku masih lagi dalam tahap menaip cerita untuk disiapkan. Untuk menyiapkannya, masih lagi ada 1/4 untuk disiapkan, manakala 3/4 lagi dalam proses untuk diedit. Entah bila akan siap novel ni ntah. Tapi aku jangka ianya akan siap menjelang harijadi aku yang ke*toot* Mac depan. So tunggu ajer la ek!
Sampai sini jer. Nanti sambung lagik! Daaaa…
p/s: Kedua gambar di atas bukan milik aku. Aku cuma ambil dari official website. Harap maklum!