Hari terakhir si Budak Kiyut di APSH

Hari ni merupakan hari terakhir “budak kunun kiyut” si Azrin kat Ampang Puteri. Sebenarnya, sedih gak sebab dia dah nak abes praktikal kat sini, bukan apa… TAK DER LA ORANG YANG AKU NAK BULI LAGI DAH. Hihihihi… Tak der la. Sedih la tengok adik² kat sini sorang² tinggalkan Ampang Puteri gi sambong blajar…

Sebenonya, Azrin bukan budak praktikal IT pertama yang aku kenal kat APSH. Ada lagik la beberapa orang yang lain yang aku jumpa kat department IT dulu. Tapi aku dengan Azrin ni, kire ngam la sket dari bebudak dulu. Apa yang membuatkan aku ngan ngan dia adalah kerana aku amat suka membuli dia kat situ. Hahahahaha…

Memula tu, aku tak la braper kenal ngan dia nih. Memasing bwat hal sendiri. Aku macam biasalah kat IT department tu kan memang suka menyelit. Setiap kali gi Ampang, IT department la yang aku tuju dulu. Time aku kenal dia dulu, dia nih slalu la tersenyum² kat tempat dia kalo nampak aku datang. Sekali aku tanya, sekali dia jawab. The rest is history! Hihihi… Tak der maknanya nak tersegan² ngan aku. Rasanya time aku memainkan dia kat pintu IT tu la buat aku ngam ngan Azrin nih. Suka aku memainkan dia dengan cara tak membuka pintu IT yang dikunci dari dalam. Yang nampak hanyalah muka saja dari luar. Hihihihi… Dok la situ dia memicit button nak masuk sambil tersengih², dan aku lak saje jer jelir lidah kat dia tak bagik masuk. Hahahahaha…

Now dah hari terakhir dia kat Ampang Puteri. Sedih lak aku. Tapi nak wat cemana, dia kena gak gi sebab time praktikal dia kat sini dah abes. Kena sambung blajar balik.

So, ari nih, aku ngan Zarina nak la membelanjakan diri dia di hari terakhir dia. Bukannya tak der farewell untuk dia, tapi aku tak dapat nak hadiri sebab aku sakit mata hari tu. Kalo okeh, rasanya gi gak la kot. So, time lunch aku terus shoot naik teksi ke Ampang Puteri. Gerak ke Sushi King sebab hari sebelum tu, aku, Zarina ngan dia dah agree nak ke Sushi King (Susilawati). Hihihi. Suka si Azrin dibelanja.

Tapi… Emmm… Kiteorang terpaksa dok kat bar jer sebab meja sume dah diambil orang. Kat atas bar pun, atas bar la. Janji dapat makan sushi. Pening gak la nak memilih makanan apa yang besh… Lama gak la kitaorang kat Sushi King tu nak mengabihkan makanan kitaorang. Ditambah ngan deretan sushi depan mata yang melambai² mintak di makan. Hahaha… Tapi tertewas gak sebab memasing dah kenyang! Hahahaha…

Okaylah Azrin. Abang Ijann nak wish good luck and all the best wat Azrin. Pesanan Abang Ijann untuk Azrin:

  • Jangan lupa jaga diri
  • Jangan lupa Tuhan
  • Belajar rajin²
  • Pandai² bawak diri
  • Jangan lupa makan
  • Jangan lupa cari kayu lepas makan
  • Jangan lupa kitaorang yek! (^_^)

p/s: Gendang gendut tali skiping, kenyang perut go la sleeping! Ahaks! Daaaa…