Minggu bermaafan... dan minggu bersuka ria...

Salam sayang untuk semua…

Lama dah tak menghantar posting ek! Bukan apa, since aku tak boleh tidur dulu, dan sekarang lepas boleh tidur balik (kena gak amek ubat!), aku tak mo mensia-siakan peluang tidur yang aku dapat tu. Pantang mata mengantuk jer, sure aku akan melelapkan mata. Biarlah aku jadik sloth sekejap daripada aku menjadi ayam yang tidurnya sentiasa tak cukup. Tulah sebabnya aku dah lama tak membuat posting. So, insyaAllah, lepas ni, boleh lah aku menghantar posting best² tentang apa yang berlaku.

Sempena dengan ini jugak (disebabkan aku akan pulang ke kampung halaman esok malam), aku takut tak sempat pulak aku buat posting ni, jadik walau pun mata ni macam ditongkatkan dengan batang mancis, aku tetap akan postkan jugak… Yelah… Nak kat 5 hari aku ambil cuti, tak sempat pulak beraya dengan korang,

SHRA

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang 2-3 hari yang akan datang, aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri”… dan “Maaf Zahir dan Batin"… Memang terlalu banyak kesalahan yang telah aku lakukan samada aku sengaja atau tak sengaja… tak kiralah melalui perbuatan atau pun perkataan yang aku keluarkan. Maklumlah, aku ni manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesalahan. Baik kesalahan yang kecil mahupun yang besar. Jadi, di hari baik dan bulan yan baik ini, aku mohon sepuluh jari meminta ampun dan maaf dari hujung rambut sehinggalah ke hujung jari. Halalkan segala yang termakan, terminum, terambil dan yang sewaktu dengannya…

Kalau korang tak bizi, pada hari lebaran nanti, datang²lah ke kampung aku di Tanjung Rambutan sana nun. Kehadiran korang ke kampung aku nanti mungkin akan memeriahkan dan memarakkan lagi suasana hari raya yang akan di sambut. Janji call dulu. Jangan lupa ek! Rumah aku sentiasa terbuka untuk korang (di hari raya ni).

Bagik korang yang akan memandu ke kampung, jangan lupa check mana yang patut kenderaan tu. mana lah tau… malang tak berbau. Bila² sahaja boleh kena. Jadi, sebelum apa² berlaku, ambil langkah² yang sepatutnya dan pandulah dengan cermat dan berhati². Biar kita balik kampung ni dengan kegembiraan buat ahli keluarga, bukan dengan tangisan…

Okaylah, sekali lagi, aku mengucapkan “Selamat Hari Raya” dan “Maaf Zahir dan Batin”… Semoga Hari raya korang dipenuhi dengan keriangan dan kegembiraan…

Salam Lebaran,

- Ijann -