And the time is 3.00 am… Why am I still awake?

Greeting guys!…

Gosh! The time is already late, and I should have already gone to bed. Unfortunately, I can’t. Not yet!… Sebab aku… tak boleh nak tidur. Paling awal pun, mungkin jam 4.30 pagi kot sekarang nih, baru aku boleh lelapkan mata. Tu pun tidur² ayam jer… Huhuhu… Susah betul aku nak tidur sekarang ni. Nak kata aku banyak fikir, mungkin ya, mungkin tak… Kalau ya pun, aku dah lama put aside dan fokus untuk menidurkan diri, kalau tak… kenapa aku tak boleh tidur?

Lompat atas katil jer la aku ni. Jom join lompat sekali…

What is Insomnia?

Insomnia is a symptom of any of several sleep disorders, characterized by persistent difficulty falling asleep or staying asleep despite the opportunity. Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis or a disease. By definition, insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both" and it may be due to inadequate quality or quantity of sleep. It is typically followed by functional impairment while awake.

Click here for more!

Sebenarnya, masalah ni dah lama dah aku hadapi. Mungkin semenjak awal tahun hari tu kot (mungkin dari dulu). Aku pun tak berapa nak pasti. Tapi, semenjak 2 menjak ni, aku rasa masalah aku ni dah jadik kronik sikit. Mana tak nya… Rata² sekarang ni, aku dapat melelapkan mata lebih kurang pukul 5.30 pagi, dan itu pun boleh dikatakan aku hanya tidur² ayam jer. Pantang ada bunyi sikit, sure aku akan terjaga dengan sendiri. Bila dah terjaga, memang susah nak melelapkan mata balik.

Macam sekarang ni, jam dah nak dekat 3.30 pagi dah. Mata aku ni masih lagi segar macam orang yang baru bangun tidur. Tak der tanda² langsung yang menunjukkan aku dalam keadaan mengantuk atau apa. Cuma mata ni selalu sangat berair sebab lama sangat terbukak kot. Kelopak mata memanglah kuyu, tapi bukan disebabkan mengantuk atau apa, semuanya sebab letih tak dapat nak tidur. Ye la, bila badan tak rehat, otak pun tak rehat gak. Bila otak tak dapat rehat dengan tidur yang cukup, memang la effect badan! Adeh! Tolong!

Bila tak boleh tidur, memacam menda aku buat. Dari melayan Facebook, ke main game, melayan movie ke membaca majalah… Semuanya aku buat supaya aku dapat tidur. Tapi tak jalan gak. Memacam petua aku ikut. Dari makan pulut, sampailah mengeringkan air dalam badan, tidur dalam gelap… Memacamlah! Semuanya memang tak berapa berkesan. Adula! Apa aku nak buat ni ha? 2 hari lepas, aku rasa la, rekod aku tak tidur paling lama. Hampir 2 hari setengah aku tak tidur dan bila dapat tidur, hanya last 2 jam sahaja sebelum aku pergi kerja. Haduuuu…  Nasib baik aku masih fresh time kerja. Kalo tak nahas!

Minggu depan, mungkin aku nak gi jumpa doktor (balik!). Nak tau naper aku tak boleh nak tidur. Badan aku pun dah susut sikit sebabkan menda nih (hehehe… bagus gak tuh!). Apa pun, kalo semua tak jalan gak, mungkin aku akan ambik balik preskripsi aku macam dulu, ubat penenang yang dah lama aku tak ambek. Huhu… Well ni bukan kali pertama aku mempunyai masalah tak boleh tidur. Sejak dari dulu lagik. Tapi dulu lagi kronik, cuma sekarang jer dah kurang skek (tapi berulang balik)…

Okay la guys. Aku nak try dulu menidurkan diri. Sebelum aku gi masuk tidur, aku nak tunjukkan sikit apa yang ada dalam kepala aku sekarang nih!. Semuanya lebih kurang macam gambar di bawah!… Memang tepat sekali apa yang cuba artis ni cuba gambarkan! Hehu…

insomm

p/s: Mild headache!