Syahira mengangkat telefon dan kemudiannya memberikan kepada mak. Seronok dapat mendengar suaranya. Aku mula bertanya khabar dan kemudian mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepadanya. Nada seronok jelas kedengaran di hujung telefon. Sesungguhnya, aku yang berada di sini turut juga merasakan keseronokan apabila mengetahui bahawa ibunya masih lagi sihat dan walafiat...
Kepada mak, Ijann mengucapkan Selamat Hari Jadi... Ijann selalu mendoakan supaya mak akan sentiasa sihat dan panjang umur. Ijann dan adik beradik akan sentiasa menyayangi mak tak kira apa yang berlaku. Sekali lagi "Selamat Hari Jadi"...