Kakak Ipar aku telah di"induce" untuk mempercepatkan kelahiran. Ini kerana keadaan kakak ipar aku yang sedang mengalami keadaan darah tinggi sewaktu ini, jadi doktor telah menasihatinya untuk mempercepatkan kelahiran yang dijadualkan pada hari ini 18.11.2008. Sepatutnya due pada 19 haribulan...
Berita yang aku dengar, kakak ipar aku sewaktu ini sedang sakit² untuk bersalin setelah dimasukkan air oleh doktor (mungkin juga diberi suntikan). Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar dan kakak ipar aku akan selamat melahirkan ahli baru keluarga kami. InsyaAllah...
Semoga semuanya selamat!