Tapi sebelum tu, kitaorang kena ambil Adik dulu kat Perhentian Pekeliling. Suppose Adik balik Ipoh pada hari Jumaat hari tu, tapi bas dari Jerantut ke Ipoh dah habis. Terpaksalah dia mengambil bas dari Jerantut ke KL dan kemudiannya mengikuti kami ke Ipoh pula. Bagus la dia ada. The more the merrier! Boleh aku bermain Metal Gear Solid : Portable Ops ngan dia. Hahahaha...
Perjalanan kami pun bermula lepas ambil Adik. Dia dulu drive sebab Along cakap dia tak larat nak bawak kereta. Tangan dia lenguh² dan sengal sebab gi gym hari tu. Aku pulak jadik co-pilot. Hehehehe... Macam biasa la!
Then kami berhenti sekejap kat RnR Rawang untuk mengisi perut! Lapo giler waktu nih. Maklum la, tak ada menda masuk perut sejak dari pagi tadik. Waktu pada ketika tu pulak dah dekat 3.30 petang. Mana tak berkeroncong perut memasing...
Lepas habis makan, kitaorang pun menyambung balik perjalanan balik ke Ipoh. Waktu ni, Along dah take over balik pemanduan kereta. Masa ni la aku ngan Adik bertarung MGS:PO kat belakang. Hehehehe... Pertarungan berlangsung hampir 1 jam dengan aku yang selalu menang dan Adik asyik kena head-shot. Kui kui kui kui! Balik nanti, ko gi la praktis lagik Dik! :p
Lewat jam 6.00 petang, barulah kami sampai ke Ipoh. Tapi Mak, Abah, Shahira ngan Alin tak der kat rumah sebab membeli barangan kat Giant. So, kitaorang masuk la rumah dulu untuk berehat. Esok adalah hari penting dan pemanduan yang jauh untuk dibuat. So, kena rehat cukup²...