Aku bertolak ke Low Yatt lebih kurang jam 12.30 tengahari menaiki teksi (since kaki aku masih lagi sakit!). Ingatkan nak la gi jejalan dulu, baru la gi sana. Tapi bila melangkahkan kaki je kat tingkat 4 tu, tau² jer depan TecAsia tu dah ada orang beratur panjang. Hehehehe... Tak boleh jadik ni. Aku pun nak kena beratur gak. Amek nombor. Waktu ketika itu adalah dalam 1.30 petang. Hahahahaha... So, aku pun melanding la sama depan TecAsia tu bersama kipas² yang lain.
Orang ramai yang lalu-lalang terasa pelik gak tengok kite orang. Mungkin sebab tengok kitaorang duduk sambil main game kot. Ada yang baca majalah, ada yang dok bersembang. Pelik kot tengok apa yang kitaorang tunggukan. Aku plak bukak PSP aku dan bermain game. Pada waktu ni, tak ramai lagi yang beratur. Termasuk aku, adalah lebih kurang dalam 20++ gitu. Aku tak kira pun. Lebih kurang jer la.
Tup tup... Mak Ngah bagik mesej kata nak jenguk aku jap since dia dah ada kat Time Square (dating kot!). Aku terus mintak tolong dia belikan aku 7up ngan Chizel. Lapo plak rasanya perut nih. Sib baik la aku dah makan sebelum datang sini.
Lepas saja Mak Ngah beredar dari tempat kejadian, orang yang beratur, makin lama makin ramai. Maklumlah dah habis kerja. Ramai la yang berpusu² nak ke TecAsia nak mendapatkan game ni. Aku pulak dah mengukuhkan kedudukan aku di antara orang terawal datang. So, aku di tempat yang depan la. Seronok pulak rasanya.
Waktu ni jugak lah, staff TecAsia mula memasang booth² untuk kipas² semua mencuba permainan PS3, manakala kat dalam pulak, booth permainan untuk MGS4. Shutter dah mula ditutup di satu entrance berdekatan dengan entrance di mana kipas² sedang beratur. Ni mungkin sebab tak nak kipas² yang beratur tu dapat spoiler daripada demo yang derang sediakan. Bagi aku, bagus gak. Tak thrill la kalau dah tau...
Dah bermacam² posisi aku duduk ketika ni. Bersila, bersimpuh, berselunjur... Semata² nak menghilangkan rasa kebas di kaki. Hehehehehe... Mana tak nyer. Dari pukul 1 ko! Waktu tu plak dah nak dekat pukul 6.00 petang dah. Lama sungguh aku menunggu! Kawan² seforum gak ramai yang dah sampai. Jumpa la bebudak dari Bincang.NET, Play-Beyond.NET... Yang dari Lowyat.NET pun ada. Sempat jugak la aku berkawan dengan kawan baru since derang pun dah lama menunggu cam aku. Boring², bersembang la kitaorang pasal MGS4 nih.
MC pulak, sementara petugas² kat dalam ready untuk menerima pelanggan, mula la menginterview 4 orang yang datang paling awal. Derang akan dapat hadiah dari TecAsia berupa figurine MGS4 nih. Untung betul derang. Kira berbaloi gak la derang ni beratur pada pukul 7.00 pagi.
Bila dah habis interview, barulah yang lain dapat masuk dan membeli copy of MGS4 tu. Seronok nyer. Waktu menunggu giliran untuk mendapatkan MGS4, derang bagilah penanda buku sebagai kenangan. Sesiapa yang dapat penanda buku berkaler gold, derang entitle untuk membeli MGS4 Limited Edition dengan harga standard. Aku pun beli gak MGS4 Limited Edition tu, tapi ngan harga dia la since aku tak dapat penanda buku gold. Kira aku lucky gak la sebab dapat membelinya sebab ada 20 sahaja yang ada dalam simpanan derang. Tak rugi aku beratur lelama. Hehehehe...
Tapi aku tak dapat. Huhuhuhu... Kuciwa! Tapi tak kisah aaaa... Dapat MGS4 pun dah kire besh!