Selamat Pengantin Baru...

"Selamat Pengantin Baru!"... Itulah ucapan yang dapat ku luahkan kepada pasangan Mellisya dan Nazrul yang keduanya merupakan rakan kerja aku di hospital. Nampak kacak dan jelita kedua² mempelai, macam pinang dibelah dua. Semoga ikatan akan kekal berpanjangan sampai bila².

Aku datang ke pejabat (hari ni cuti!) pada jam 10.30 pagi dengan menaiki teksi. Since kaki aku masih lagi sakit dan tidak dapat berjalan dengan elok, teksi adalah keputusan yang paling bijak. Hehehehe... Aku akan berkumpul di pejabat untuk bersama² bergerak ke rumah pengantin lelaki. Namun apabila sampai di sana, tidak ada sorang pun yang kelihatan, terus aku capai telefon dan mendail nombor Adli. Dia dan Kak Shima berada di restoran Rasyid.

Lepas makan dan minum, kami pun bertolak ke rumah Nazrul. Itu pun selepas menunggu ketibaan Azman. So, setibanya di sana, sudah ramai yang sampai, termasuklah bos aku dan juga pekerja² Ampang Puteri dan Tawakal.

Kami makan dan minum sebelum berkumpul untuk melihat ketibaan pengantin. Bila kompang dah berbunyi, menandakan ketibaan pengantin, acara silat diadakan terlebih dahulu sebelum pengantin diarak masuk ke dalam rumah.


Ketika silat pulut dipersembahkan kepada kedua² pengantin.


Buah tangan dari kenduri kawin...







Gambar² ketika pengantin diarak masuk ke rumah...

Hilang saja pengantin dari pandangan kami, kami terus beredar dari situ. Mungkin kerana orang terlalu ramai yang menyebabkan kami semua tidak berasa selesa untuk berada lama. Lagipun hujan tengah turun renyai². Apa pun, pengantin lelaki dan perempuan memang kelihatan segak dan anggun. Selamat pengantin baru sekali lagi!

p/s: I hate being in a crowd!