Hari minggu datang lagi. Desas-desus pada hari Sabtu untuk membuat rombongan ke Zoo Negara bertiup kencang dari sms sehinggalah ke ym. Pada malamnya, aku, Shahrul beserta Lan, Mak Ngah dan Ijat berkonfren dalam YM untuk berbincang...
Kata sepakat telah diambil dan kami semua telah bersetuju (secara spontan) untuk pergi ke Zoo Negara untuk mengisi masa hari minggu. Ada saja acara Jaquezee ni. Sambil beriadah, dapat jugak la mengisi kepala dengan pengetahuan tentang alam sekitar (skema nyer ayat!)
Antara yang telah mengikuti rombongan "Cik Kiah" ke Zoo Negara ni adalah aku sendiri, Lan dan Shahrul, Ijat, Sue, Ana dan Reza. Yang lain tak dapat hadir kerana kerja. Kami berkumpul di RnR GP pada pukul 10.00 pagi (ye la tuh!) dah kemudian bertolak ke zoo lebih kurang jam 11 pagi. Kami menaiki 2 kereta sahaja.
Pintu masuk gate B.
Sampai sahaja di Zoo Negara, kami dapati, pintu depan telah penuh dengan kereta. Maka tak dapatlah kami nak memarking di situ. Kami terus ke belakang iaitu pintu B. Dan nasib baiklah orang tak ramai. Dapatlah membeli tiket dengan tenang. Lan selaku ketua rombongan telah membelikan tiket untuk kami semua. Tiket yang berbentuk tag tangan ni berharga RM15 setiap seorang. Maka, mulalah perombongan kami ke alam binatang...
Lan beratur nak beli tiket.
Kanak² riang nak masuk zoo.
Tag memasing yang dah siap dipasang...
Tempat mula² kami lawati adalah ke akuarium. Bermacam² jenis ikan yang selama ni aku dan yang lain tak pernah nampak, ada kat situ. Bagus jugak la tempat tu sebab masing² jakun melihat sekecil² ikan sehingga sebesar² ikan di situ. Dari anak ikan, ke ikan buntal sampai la ke ikan arowana yang lebih besar dari Sue, pun ada jugak.
Pintu depan akuarium.
Akuarium paling besar dalam tu. Memasing ternganga tengok ikan besar.
Salah satu ikan dalam akuarium besar
Reza dan aku.
Bergambar di luar akuarium beramai².
Kemudiannya, kami bergerak pula ke kedai jual cenderamata. Ijat kata dia tak tahan cuaca panas. Tapi kalau diikutkan, cuaca tak der la panas mana pun. Redup jer. So, memasing (aku ngan Ijat) pun membelilah topi ala² tentera kena sapu. Walaupun aku dah pakai topi waktu tu, tapi aku beli gak. Tak nak kalah ngan Ijat. Hahahaha...
Pas kami membeli dan belah dari situ, kami melalui pula satu akuarium menempatkan penguin dan ikan. Penguin tu biasa jer la... Comel gak macam Ijat, cuma dia putih, Ijat tu gelap sket. :p (Jangan marah aaa Jat!). Cuma kat tempat ikan tu yang menarik tuh. Ikan² dalam ni lagi besar dari ikan kat dalam akuarium tadik. Ni bukan setakat lagi besar dari Sue, silap silap Ijat pun boleh masuk dalam perut ikan tu. Mak aih! Aku sendiri gerun tengok ikan sebesar tu. Kalo dapat tangkap la... sebulan tak abis makan.
Ikan yang lagi besar dari Sue, maupun Ijat...
Tempat seterusnya adalah tempat yang ditunggu² oleh Ijat. Sangkar monyet. Banyak la spesis monyet kat situ, aku sendiri tak dapat nak bezakan which is which. Nampak sama jer. Kitaorang tak tengok sangat sangjar ni (kecuali Ijat) sebab bau sangkar tu sungguh la "harum" nya...
Next stop adalah kandang badak air atau hippo. Tak banyak yang dapat kiteorang dapat tengok sebab badak air ni berendam jer. Badan jer yang nampak. Kepala sekali sekala. Cuma kadang-kala, badak air ni tunjuk muka dia bila Ijat memanggil manja kat derang! Hehehehe...
Badak air tengah berendam.
"Eeee... Ijat tengah berendam tu... :p"
Tempat seterusnya ni yang aku malas sket nak masuk. Tapi bebudak ni pakai bedal jer. Aku pun ikut la sama. Cuma tak brani nak lebih². Kandang tersebut adalah kandang babi hutan. Tak nampak berapa jelas sebab semua dok satu kumpulan dan membuntuti kami di satu sudut. Bila dapat tengok dari jauh, aku busan la jugak. Tak seronok. Jadi kami pun memblahkan diri dari situ.
Harem...
Yang seterusnya best sikit. Kandang seladang. Mak aih, besar nak mampos seladang nih. Bahu dia jer dah berketul². Tanduk jangan cakap la. Disodok nyer Ijat, mau Ijat fobia nak makan daging 44 hari.
Seladang yang teramat besar.
Yang belah kiri sekali tu patutnya dalam kandang... Hahai...
Jalan punya jalan, tak sedar hari dah meninggi. Waktu lebih kurang jam 1.30 tengahari. Perut masing² dah berbunyik. Maka, kami pun singgah la di satu restoran makanan segera "The Wild" untuk mengisi perut. Bagik aku, makan di fast-food ni tak sebest mana pun. Servis lambat dan makanan tak berapa best. Bagi pendapat aku, lebih baik la tapau makanan dari rumah dari makan kat fast-food ni. Kalau dulu ada KFC and then MerryBrown, yang ni langsung tak dapat menandingi kebestan kedua² fast food tu.
Lunch di The Wild.
Lepas perut kenyang, kami meneruskan perjalanan ke sangkar memerang pulak. Sungguh comel bak Sue mereka semua. Nampak manja je. Boleh plak derang melepak betul² depan kami and then menggesel² badan kat tanah macam kucing slalu buat. Sib baik la ni binatang liar, kalo dak, dah lama aku masukkan dalam back pack aku dan bawak balik.
Memerang cumul.
Beruang pulak adalah destinasi seterusnya. Kat sini best. Macam² jenis beruang ada ditunjuk kecuali teddy bear la. Satu perkara yang best masa tengok beruang ni, adalah ketika satu beruang yang paling besar dan paling dekat ngan kitaorang tetiba bangun dan kemudiannya melambai² tangan dia yang besar tu ke arah kitaorang. Ingatkan dia bagik welcome sign kat kitaorang, rupa²nya kat belakang kitaorang ada trainer derang tengah ready nak baling roti kat beruang tadik. Terkejut anak berut jap. Tapi best la. Dapat tengok betapa besarnya beruang tu. Memang mati la kalo dipeluk beruang ni...
Antara beruang dalam sangkar.
Aku dan Ijat... Errr... Beruang...
Gambar nampak jer kecik. Tapi, masyaAllah... Besar giler!
2 tempat seterusnya adalah kandang rusa dan rumah reptilia. Kandang rusa ni kitaorang tak berapa amek perhatian sebab rusa² ni dah biasa kitaorang tengok. Lebih kurang macam tengok kambing jer. Cuma kat rumah reptilia ni yang best sket. Macam² ular ada. Anak buaya... Biawak, iguana... Semua reptilia la. Tapi aku geli jer nak tengok. Walaupun dalam kaca, aku tetap menggeli tengok menda² tuh.
Ni, kalo panggang sure sedap!
Anak buaya yang menggelikan...
Buaya plak destinasi seterusnya. Tapi hampa sikit sebab tak berapa nampak sangat buaya nya. Semua tengah mengayat awek kot. Cuma ada la sekor ni yang dapat dilihat. Tu pun sebab timbul kat air. Ijat bukan main suka tengok buaya tu. Siap tiru lagik stail buaya tu mengayat. :p
Buaya yang tengah mengayat awek.
Suka Ijat dapat jumpa guru dia dalam air! :p
Kami berpatah balik ke rumah pinguin kemudiannya sebab kat amphitheater yang berhadapan dengan rumah pinguin tadi akan mengadakan pertunjukan. Ada la pertunjukan burung² buat sarkis dan anjing laut kat situ. Tapi tengah best² menonton pertunjukan tu, tiba² hujan turun dengan lebatnya. Terpaksalah pertunjukan tu dipendekkan sebab rata² pengunjung yang sedang menonton pertunjukan (termasuk kami) semua berlari ke arah rumah penguin. Sebab dekat situ saja yang ada bumbung. Nasib baik la kawasan tu besar. Muat jugak la kami berdua (!) dan yang lain masuk untuk berteduh.
Lan dan Shahrul di Amphiteater.
Aku pun ada...
Semasa pertunjukan.
Tengah berteduh dari hujan.
Lama jugak hujan turun. Bayangkan la... Ijat ngan Lan sempat lagik tido kat kaki lima tu. Tapi aku plak dok mengambik gambo jer. So menunggulah kitaorang kat situ sampai hujan teduh.
Tido jer la kerja korang.
Bila hujan dah berhenti, kami meneruskan perjalanan. Kali ni tengok zirafah pulak. Mak aih! Lemah gemalai betul zirafah² ni. Cantik plak tuh. Terpegun jugak la. Punya la tinggi zirafah ni, sampai aku jalan jauh kebelakang sebab nak masukkan semuanya dalam satu frame. Huhuhuhu...
I love this picture!
Pastu tengok gajah pulak. Gajah ni memang jinak. Siap hulur belalai mintak makan kari kiteorang. Ingat hulur la tangan kot² gajah tu hulur belalai dia, boleh gak la rasa memegang gajah... Tapi bila dia tengok tangan kosong jer tak de makanan, dia tarik balik belalai dia. Cesss... Dapat bergambo jer ngan gajah ni.
Gajah jinak...
Yang blakang sekali tu, sebenarnya anak gajah!
Rumah burung pulak. Tapi kitaorang tak masuk pun sebab Ijat takut nak masuk. Dia cakap burung tu nampak ganas. Cessss... Arap muka jer buragas Ijat nih. Ngan burung takut. So, kitaorang membatalkan la nak masuk aviary. Lagi pun bila tengok dari luar, tak banyak pun burung kat situ. Kat luar berhampiran dengan tasik lagi banyak burung. Semuanya burung bangau dan flamingo. So, bergambar kat luar je la.
Burung² flamingo dan bangau.
Kendian kangaroo pulak. Kangaroo pun sama gak. Tak banyak. Dapat nampak sekor je. Tu pun sebab dia tengah berak. Chait!
Kangaroo yang tengah carik port nak melabur...
Destinasi seterusnya adalah singa dan harimau. Pun tak banyak jugak. Tapi puas hati jugak la sebab semua harimau dan singa tu duduk melepak kat luar. Dapat la tengok sepuas hatinya. Tapi malangnya... Time aku nak mengambil gambar, bateri kamera pulak abis. Sempat ambik satu gambar je. Huhuhuhu... Rugi. Tapi tak per jugak la sebab rombongan kitaorang dah nak sampai ke penghujung.
Gambar singa nih. Tp gelap. Ini gambar terakhir sebelum kamera reza habis bateri.
Cuma tempat terakhir kitaorang pergi adalah sangkar orang-hutan yang kosong (buat penat je naik bukit nak ke sana, tapi kosong), rumah binatang marsupial dan kawasan safari. Bila sampai je kawasan safari, kitaorang pun menunggu keretapi untuk mengangkut kitaorang balik ke pintu belakang Zoo Negara iaitu Gate B.
Maka berakhirlah rombongan kami ke Zoo Negara. Waktu pada waktu tu lebih kurang jam 6.15 petang. masing² dah bermuka penat, sebab jauh berjalan dalam zoo tu. Tapi semuanya berpuas hati dengan aktiviti kali ni.
Walaupun penat, kami kemudiannya bergerak menuju puncak... Eh! Shilap... Menuju ke Alpha Angle Wangsamaju untuk membeli-belah dan makan malam. Kemudian RnR semula di GP. Aku lari kejap balik ke rumah sebab nak transfer gambar² dari kamera ke komputer. Maklum la, kamera yang aku pakai tu adalah kepunyaan Reza. Handphone aku sekali lagi meng"fail"kan aku sebab bateri dah habis. Siot betol. So, terima kasih pada Redza sebab tanpa kamera dia, tak dapat la aku menyampaikan laporan esklusif ni. Iro-iro arigatou gozaimashita!...
Sekian, Ijann melaporkan!