So, kami semua yang pergi (Aku, Sue dan Ijat) bertolak dari Sentul pada jam 7.00 pagi lebih kurang selepas bersarapan dan minum pagi. Dan kemudiannya bergerak ke lebuhraya menuju ke Seremban.
Sebelum itu, kami menunggu kedatangan Man dan Yan yang bergerak dari rumahnya (yang tak jauh dari situ). Memang kami dah berjanji untuk tunggu di tol Sungai Besi sebab tak perlulah Man dan Yan turun ke Sentul dan kemudiannya berpatah balik. So, kami tunggu saja mereka berdua di sana.
Bila kami dah bergerak dari situ, kami berhenti pula di RnR Seremban untuk berjumpa dengan Lan dan Shahrul (and family). Tak tertinggal juga 3 ahli Jaquezee tak rasmi iaitu Ida, Ana dan Reza.
Hahahaha... Akulah orang pertama yang masuk ke laut diikuti dengan ahli² Jaquezee yang lain. Sebenarnya derang ni menunggu jer sesapa masuk laut dulu, tapi malu. Aku pun, bila tengok tak der sesapa yang nak masuk laut, aku la terjun dulu. Hehehehe...
Selain aktiviti mandi-manda, ada gak la kitaorang buat aktiviti lain, macam main Uno, main cap kelicap (tak lama pun, ramai yang tak pandai main game ni...), berkayak, berpelampung, main pasir dan makan beramai². Ada gak la yang buat aktiviti membuat istana pasir yang akhirnya roboh ditelan ombak. Hehehehe...
Waktu² cenggini, lepas masing² dah sampai rumah, masing² menghantar mesej memberitahu badan terasa penat giler. Lenguh la... Gatal la... Macam²! Hehehehe... Penangan berenang setelah sekian lama. Hehehehe... dan itu dikira ok lagi, tunggu la lepas bangun tido esoknya. Ada yang amek cuti sebab badan sakit². Hehehehe... Aku kena kerja, jadik tak dapat la nak merehatkan badan yang penat giler nih.
p/s: Kulit muka pulak macam udang kena bakar. Merah jerrr... Hahahaha...
p/ss: Semua gambar courtasy dari kamera Lan dan Shahrul. Aku sedut dari blog Jaquezee. Kamera aku kaput waktu nih.