Aku bangun agak awal hari ni, lebih kurang pukul 5.45 pagi. Mungkin sebab dah terbiasa, tapi seawal begini adalah kerana ketidak selesaan aku tidur di atas tilam yang tidak lagi empuk macam dulu. Aku macam biasa, terus mandi dan bersiap² nak pergi kerja. Tapi, bila tengak semula jam yang tergantung dekat dinding, masih lagi awal.
Aku duduk di beranda sambil menikmati pandangan matahari yang sedang nak terbit. Sempat juga aku snap 2-3 shot (klik gambar di atas untuk melihat gambar yang lebih jelas) suasana pagi di Bandar Baru Sentul. Tak sangka juga, waktu macam ni pun nampak cantik... Selalunya, bila duduk di beranda pada waktu petang ataupun malam, semuanya nampak semak je.
Bila sampai waktunya, aku terus meninggalkan rumah menuju ke stesen LRT untuk ke Ampang...
Sampai je ke destinasi, terus aku melakukan tugas seperti mana yang telah aku rancang semasa di pejabat. Apabila siap, aku terus melangkah keluar dari syarikat tersebut dan menunggu lif untuk turun ke tingkat paling bawah. Semasa menunggu lif yang lama untuk sampai, sempat juga aku melihat² ke tingkap besar. Nampak lah sekalian alam Bangsar dari tingkat 14, di bangunan di Dataran Maybank tu. Terus aku keluarkan handphone dan snap.
Cukuplah satu je. Dan kemudian aku terus menuju ke lif untuk turun...
Bila aku tengok jam di handphone (aku tak suka pakai jam tangan), waktu dah menunjukkan waktu tengahari. Padanlah perut aku ni sama² berdondang sayang dengan kaki aku yang letih ni. Break time! Aku terus menuju ke stesen LRT Masjid Jamek untuk ke Sentul. Cadang nak makan kat kedai Kak Zie dengan kengkawan Jaquezee.
Sambil aku menunggu LRT sampai, aku hantar sms kepada Shahrul. Cuma dia sorang saja yang boleh bersama² dengan aku untuk makan tengahari. Ahli² Jaquezee yang lain dah pasti tak akan dapat makan bersama akibat bertugas. Bila sms dah dihantar, aku melihat ke luar stesen melalui railing di sepanjang stesen. Snap... snap... snap... Aku ambil gambar lagik. Mangsa aku kali ni adalah Sungai Gombak. Memang tak der kerja kan ambil gambar cam tu?
Tak puas hati, aku ambil lagi gambar. Tapi aku dapat gambar pokok jugak. Tapi saiz pokok yang ada dalam shot tu kecil sikit berbanding pokok di dalam gambar sebelumnya.
Dalam perjalanan nak ke Green Park, aku terserempak dengan aci rambut panjang ni. Untuk orang² Sentul, mungkin dah biasa dengan kehadiran aci ni. Ye la, mana tak nya. Aci ni lain dari yang lain. Kalau aci yang lain berambut panjang mengurai, aci ni lebih hebat daripada tu. Rambutnya mungkin 2 atau 3 kali ganda panjangnya daripada rambut aci biasa. Sehinggakan, rambut itu perlu dilipat seperti papan. Kenapa dilipat? Sebab rambut aci ni pun dah keras macam papan. Seperti tidak berjaga. Mungkin orang yang jarang melihat aci ni akan merasa geli geleman kerana rambutnya itu, tapi untuk yang dah biasa, hanya satu je yang bermain² di fikiran mereka, bagaimana aci ni mampu membawa rambut keras panjang di kepalanya.
Aci ni rasa² bukan penganut agama Hindu agaknya. Sebab penampilannya dengan baju yang sama berwarna oren itu, seakan² sami Buddha... Mungkin dia ada pasang niat tak mahu cukur rambut dia kot, yang menyebabkan dia terpaksa menyimpan rambutnya sehingga panjang dan dilarang untuk memotongnya... Siapa tahu?
Aku meneruskan perjalanan ke Green park sehinggalah apartment Menara Orkid tempat aku tinggal kelihatan dari kejauhan. Sempat lagi aku snap gambar menara dari jauh sambil berjalan. Nasib baiklah gambar tak blur. Tapi, gambar apartment tu bukanlah blok apartment yang aku tinggal. Itu hanyalah gambar blok apartment hadapan, manakala blok apartment aku adalah bahagian belakang. Ah! Biarlah, asalkan ada...
Di waktu ini, aku bertanya kepada Syafik mengenai Kak Zie. Jawabnya Kak Zie ke pasar dan masih belum balik. Hmmm... Tak apalah begitu, kejap² lagi baliklah dia kot. Aku dan Shahrul, selepas berbual pendek, pergi ke hadapan gerai untuk mengambil makanan.
Ini adalah merupakan sedikit rentetan daripada apa yang aku lakukan setiap hari. Mungkin lepas ni aku boleh buat artikel pasal satu hari aku dalam blog ni. Aku pun dah tak ada idea apa yang nak aku tulis, jadi, aku rasa aku berhenti di sini saja la... Dah penat!