Bila ianya terlepas, dirasakan terlalu mudah untuk hati ini berkata², dan kadang-kala pula terasa ianya mudah untuk terguris...
Namun semua itu, mungkin satu cabaran untuk mencari apa sebenarnya kehendak hati dan juga perasaan. Persoalan samada perlukah untuk menerimanya, atau untuk mengikut sahaja ke mana arus itu akan bawa. Dilema yang selalu dirasakan membelenggu dan tidak mudah untuk dileraikan!
Mungkin bulan² yang mendatang akan sekali lagi aku tempuhi sebagaimana aku lalui tidak lama dahulu. Tidak lagi ditemani dengan pelita yang dapat menyuluh dan menerangkan. Tidak ada lagi teman yang akan membingitkan suasana yang sunyi. Dan juga tiada lagi cerita² yang dapat mendodoikan untuk terus lena dan dibuai mimpi. Semuanya bermula semula dari titik asal.