Rindu...

Bila keadaan menjadi sepi, segala kerinduan menjadi kelumit yang sukar untuk dikikis. Kerinduan pada mak yang paling kuat menggamit jiwa pada ketika ini. Rindu pada suapan tangannya pada mulut aku yang comot. Rindu pada ribanya yang satu ketika dahulu mendodoikan aku sehingga tertidur. Dan juga pada tapak tangan yang selalu menghinggap pipi gebu ku menjadi merah kerana kesalahan² bodoh. Segalanya aku rindu...

Juga rindu pada kawan² sepermainan yang dahulu berjanji untuk sehidup semati, kini kian hilang dari pandangan. Tiada berita, tiada kata² pengharapan. Semuanya hilang entah ke mana...

Namun yang paling menyiksakan, rindu pada seseorang yang aku sendiri tidak tahu siapa. Tiada rupa untuk diingat. Tiada suara yang hendak dingiangkan. Tiada rasa untuk disentuh. Hanya harapan yang tidak tahu untuk siapa. Aku kejar dan cuba untuk menggamit, namun apa yang dikejar hanyalah sekadar bayang...