Pernahkah?

danbo-dan-penguin

 

Pernahkah?

Bila sekeping hati menjerit meronta-ronta?
 
Pernahkah?
Bila sembunyi di belakang segala rasa?
 
Pernahkah?
Rasa rindu menebal tapi bukan untuk sesiapa?
 
Pernahkah?
Rasa perasaan selalunya kecewa?
 
Pernahkah?
Menyayangi dia sebabnya tiada?
 
Pernahkah?
Menyayangi dia balasnya tidak dipinta?
 
Pernahkah?
Masa berharga empunya dia selalu ada?
 
Pernahkah?
Masa sendiri adanya entah bila?
 
Pernahkah?
Dirinya tinggi tapi sendiri terasa hinanya?
 
Pernahkah?
Tangan ditadah pada Tuhan dipanjatkan doa seadanya?
 
Pernahkah?
Tangan bertepuk bunyinya tiada?
 
Pernahkah?
Sendiri yang kadang-kala menghimpit rasa?
 
Pernahkah?
Sendiri bila mana malam sepi menyapa?
 
Pernahkah?
Ada hati yang minta dirinya dipuja?
 
Pernahkah?
Ada getar yang gelombangnya terasa dijiwa?
 
Pernahkah?
Ada butir mutiara yang gugur kerana duka?
 
Pernahkah?
Kata di hati tak terucap dek bicara?
 
Pernahkah?
Sekelumit cemburu menutup mata memekakkan telinga?
 
Pernahkah?
Sekelumit ingatan terselit di bucu minda?
 
Pernahkah?
Tangan yang dihulur tidak diendah oleh sesiapa?
 
Pernahkah?
Tangan yang penuh dosa ini mempu dibersih oleh pahala?
 
Dan pernahkah?
Aku dicinta?
 
Aku diam tidak menyahut.
Sekadar diam di sudut itu.
Menunggu masa...
 
- Ijann 7-8/10/2013 -