Team Building at NLB

Wah!

Lamanya tak buat entry.

Macam dah lupa yang aku…

ada blog.

Kah kah kah kah…

 

Okay,

sebenarnya aku nak cerita,

pasal minggu aku yang lepas.

Berlangsung pada 16, 17 dan 18 Mei.

Aku dan beberapa orang colleague,

menghadiri kursus Team Building,

yang diadakan di Nur Laman Bistari,

di Ulu Yam…

Selama 3 hari 2 malam,

kitaorang berkampung di sana,

sambil menjalankan aktiviti indoor dan outdoor.

 

Apa yang boleh aku katakan,

adalah kursus ni adalah sangat santai.

Macam beriadah hujung minggu je.

Banyak buat game dan aktiviti indoor.

Tak de la mengantuk sangat.

Aku siap boleh baca 10 bab novel,

sepanjang kursus berjalan.

Tapi tak der la aku baca time aktiviti.

Time bersenggang la.

So, boleh bayangkan la…

Cemana kursus ni berjalan.

 

Bas yang kami naiki sewaktu pergi ke NBL.

Amek gambo sebelum naik bas...

Ambik gambo dalam bas...Papan tanda ke kabin resort...

Kawasan kabin...

 

Hari pertama,

kami bertolak dari hospital,

lebih kurang 7.45 pagi…

15 minit lewat dari yang sepatutnya.

 

Sampai ke NLB,

check in kabin then rehat kejap,

sementara nak tunggu pukul 9.00 pagi.

 

Pejabat NLB...

Tunggu nak dapat kunci kabin...

Kabin tempat aku tinggal selama 3h2m...

 

Tak banyak aktiviti yang kami buat,

pada hari pertama,

kecuali dengar penceramah,

buka tirai kursus tu.

Adalah buat game sikit,

kat luar dewan.

Sama gak ngan waktu malam.

 

Tengah kusyuk tengok orang main game...

Cuba teka apa yang aku lukis?

Main mini basket ball...

 

Hari kedua agak best kot,

Sebab kami dijadualkan,

untuk buat aktiviti outdoor.

Jungle tracking, flying fox dan beberapa lagi,

aktiviti lasak…

 

Tapi malangnya,

cuaca tak mengizinkan pagi tu.

Hujan turun dengan lebatnya,

sewaktu kami tengah buat jungle tracking.

So terpaksalah organizer,

memendekkan waktu jungle tracking tu.

Dan pada masa ni,

flying fox dikatakan dah dibatalkan,

due to the rain.

Sampai tengahari kot hujan turun.

Huhuhu…

 

Hutan depan kabin...

Ready for jungle tracking...

Pak Long tengah beri taklimat pasal pokok...

Apa ntah nama pokok dalam hutan ni...

 

Tapi…

kami kira bernasib baiklah,

dapat jugaklah menjalankan,

aktiviti flying fox…

selepas hujan berhenti…

dan dijalankan pada belah petang…

 

Memang kitaorang tunggu jugaklah,

aktiviti flying fox tu,

sebab memang excited nak naik menda tu.

Best kot…

Hahaha…

 

Flying fox lepas hujan...

Wehooo...

Tengah prepare untuk persembahan malamnya... 

 

Malamnya,

kami kena buat persembahan.

Berdasarkan tema yang diberi.

Kumpulan aku just buat nyanyi je,

and kami kumpulan paling corot…

Kah kah kah kah…

Tapi ada aku kesah?

 

Hari terakhir kami,

pada hari Sabtu itu,

adalah bersenamrobik,

dan sesi tutup kursus.

Sebelum balik, kami makan dulu.

Hahahaha…

 

Senamrobik dipagi hari...

Dalam bas nak balik...

Semua dah penat...

 

Tu je pon aktiviti,

kitaorang pada Khamis sampai Sabtu,

Memang santai habis,

Nak kata best,

I had better,

nak cakap worse,

it was okay…

So kesimpulannya…

Team Building ni biasa-biasa je.

 

Okay, bye…

 

p/s : Signal tipon macam harem kat sini…