An interesting night indeed! (^_^)/

Salam…

Note : Entry kali ni panjang sket!

Rasa macam dah lama tak buat entry.
Agak bizi lepas presentation Pedoman ari tu.
Borang troubleshoot pon,
tak penuh macam bulan² biasa.
1 page pon susah nak dapat.
3 minggu bergelumang dengan AE.
Bila habis, kena ngadap user balik.
Macam² masalah lepas “meninggalkan” user.
Haishhh…

Anyway…
Semalam lepas kerja,
aku ke Raub Pahang sekejap…
Untuk memenuhi permintaan kawan aku,
Rahman nama dia…
untuk menemankan dia di sana.
Kawan biasa Rahman ke Labuan sekejap atas urusan kerja.
But apa yang aku boleh katakan,
ianya adalah malam yang lain dari yang lain.
Seronok jugak…
Yelah, sebelum² ni, mana pernah pon…
Siapalah aku ni kan?
Hahaha…

Aku ke Raub sebab di sana ada event,
Riang Ria Tahun Baru Cina 2013.
Aku pun memang tak pernah pergi event macam ni.
Aku kan tak suka sangat tempat² crowded ni.
But event ni, lain sikit…
Aku temankan Rahman ni kat backstage.
So, tak la crowded sangat…

Riang ria tahun baru cina 
Sampai kat Raub lebih kurang jam 3.30 petang.
Sesampai je kat Dataran Raub tu,
khemah, kerusi, stage semua dah siap.
Time tu, semua tengah sibuk buat soundcheck.
Ada la 2-3 artis tengah test sound bagai…
Aku ngan Rahman dok tepi je la tengok…
Memasing ngah sibuk.

*Zig zag snap* (nak jimat masa)

Lepas pukul 8.00 am,
aku ngan Rahman keluar la dari hotel,
menuju ke Dataran tu semula.
Terus dia bawa aku menuju ke belakang pentas.
Time tu Ella si Ratu Rock dah ada kat situ.
*Jaw dropped*
Omgeee…
Time tu bebetulkan baju.
Kah kah kah kah…

Rahman dok bersembang ngan Ella,
sebab tugas dia menjaga Ella dan artis yang dibawa,
ke event tu.
Wah wah wah!
Kemain kawan aku sorang ni.
Lelepak ngan artis gituh! Hahaha…
Aku dok jer tepi tu,
Speechless gak bila Rahman,
perkenalkan aku kat Ella.
“Hai Ijann…” sambil lelambai kat aku…
Omgeee… Ella tegur aku! (kata aku dalam hati la!)
Dengan gaya manja dia tu.
My God! Ella ni memang naturally manja kot.
Hahahaha…
(^_^!)

Me with Ella...
Kat situ gak, ada Sri Dewi.
Alahai, lawa orangnya…
Hitam manis.
Artis yang akan buat persembahan gak kat event tu.
Dan dia sangat friendly…
(eventho aku tak pernah pon dengar nama dia,
kat dunia hiburan mainstream Malaysia),
Sorry… (T___T)
Tapi seriously,
dia sangat cantik…
Mih mih mih!
Suara pon sedap…

Me with Sri Dewi...
Tak lama lepas tu…
datang pulak Ifa Raziah.
Omgeee lagik sekali.
Jaw dropped sekali lagi…
Dia datang ngan family dia…
Cecomel anak dia neh!
Dia seperti biasa, sangat kuat berceloteh…
Tak kering gusi dok ngan dia…
Walaupun nampak sombong pada mulanya,
tapi lepas tu, dia sangat friendly…
Funny pulak orangnya…
Kalau tak jumpa dedepan, rasanya tanggapan,
yang aku buat sebelum ni, memang salah semuanya.
Memang duduk sekali ngan dia,
gelak je kerjanya…

Me with Ifa Raziah...
Bila derang keluar masuk khemah kat backstage tu,
Ye la, turun naik stage sebab buat persembahan,
Kengkadang tinggal la aku ngan derang.
Duduk sekali ngan Ella,
aku tak tahu nak sembang apa.
Speechless kot.
Kah kah kah kah…
But dia slalu diteman oleh Rahman,
so tak la rasa awkward sangat,
tak bersembang ngan dia.
Dua tiga patah gak la sembang ngan Ella.
Hahaha…
Mengong kot aku neh!
Banyaknya dia ngadap enpon.
So, tak mo la kaco.

But, bila dengan Sri Dewi ngan Ifa Raziah,
banyak gak la sembangnya.
Sempat gak aku ber”camwhore” ngan derang.
Guna tab aku yang kualiti kameranya macam tohi ni!
Hahahaha…
Puiii…

Camwhoring with Ifa... LOL!Camwhoring ngan Sri Dewi lak! Kahs!Ella ngah sembang ngan Rahman...Ratu Rock ngan sembang ngan Ratu Cucuk... Ella tengah tunggu turn nak buat show...
Selain dari Ella, Sri Dewi ngan Ifa Raziah,
Adalah beberapa lagi artis cina dan performer dari China ni.
Penyanyi cina ni aku tak la kenal pon,
Nama dia Hsing Hao kot.
Tengok dia perform dari blakang pentas je.
Then bila dah habes persembahan,
dia dok skali…

Dok depan aku dia senyum je kat aku.
Aku sengeh je. Tak kenal… so tak tahu nak cakap apa.
Kah kah kah kah!…
Sempat je ambek gambar ngan dia…
Walaupun tak kenal.
#pengsan

With Hsing Hao...
But apa yang seronok dok belakang stage tu,
bila tengok gelagat performer dari China ni.
Dia buat persembahan 1000 faces…
Tukar² topeng bebanyak kali gitu.
But sebelum persembahan…
Dia dok situ dengan costume dia, dengan mask dia.
Memang melekat kat muka dia aku tengok.
Time tu, kengkawan dia ngan manager dia,
dok acah² mengenakan dia.
Kejap bawak air kat dia.
Kejap bawak sate,
kejap bawak makanan…
Padahal Shin (nama dia) tu tengah pakai mask tu.
Sikit pon tak boleh nak bukak.
Cemana nak minum/makan bagai?
Hangin dia kat situ.
Aku dok gelak je tengok gelagat dia.

Shin dalam costume dia... #LOLSempat lagi bergambar ngan Shin sebelum naik pentas!Amboi dak dari China ni. Prektis blakang aku je. Seriau aku!
But, sebab dia dari China,
tak tahu nak cakap BI pon.
So dia cakap manderin je la kot.
But tu tak halang aku nak sembang ngan dia.
Lepas dia perform dan bukak mask dia,
time tu la try nyembang ngan dia.
Macam ayam ngan itik.
Aku dok la cakap BI, dia manderin.
Tapi faham la apa yang dia nak cakapkan…
Friendly orangnya…
Tinggi lebih kurang aku.
Hahahaha…

Shin lepas show... Muehehe...
Sempat gak aku rakam,
video Ifa Raziah ngah buat lawak ngan Shin…
time derang ngah shoot video,
ucapan Selamat Tahun Baru China…
Hahaha…


Bila dah nak tengah malam tu,
Ella, Sri Dewi ngan Ifa Raziah pon dah habes buat persembahan,
aku ngan Rahman kluar la dari khemah backstage.
Nak tengok bunga api.
Time tu, menteri perlancongan tengah bagi angpow.
Orang jangan cakap la…
Macam ulat taik!
Rimas aku tengok…
Pas habis bunga api, balik semula ke khemah,
Aku dok sekali Rahman…
dengan Ella, Sri Dewi dan Ifa Raziah.
Time tu, peminat derang dah membanjiri kawasan tu,
Nak bergambar ngan derang…
Nak berotograp ngan derang…
Hahahahaha…
Hamboi! Tengok artis² ni melayan peminat,
aku yang rasa penat…
Derang apatah lagi…
Kalo penat pon, kena senyum gak…
Kesian gak…
Public figure la katakan…

Ella ngah warmup untuk show seterusnya...Ella tengah perform...Wallaweh posing!...
Habis je event, aku ngan Rahman,
gi escort Ella naik kereta.
Rahman takut Ella kena serbu ngan peminat.
Ikut je la kat belakang…
Lepas tu… gi say goodbye lak kat Sri Dewi ngan Ifa Raziah,
sebelum aku ngan kawan aku beredar balik hotel…

Bunga api sebelum habis event...Lama kot...
Miahahaha…
Gosh! Seronok gak dapat pengalaman macam tu.
Walaupun speechless dok sekali ngan Ratu Rock,
ngan “Ratu cucuk” (katanya),
Humble dan friendly…

Terima kasih kepada kawan aku Rahman Hamid,
sebab invite aku untuk join dia dalam event tu.
Jarang ada orang nak dapat pengalaman,
menjaga artis time event besar macam ni.
Bukan senang nak hangout ngan Ella, or Ifa or Sri Dewi…
But I got that chance…
Thank again Rahman!…
100x bagi flying kiss…
Hahahaha…

Aku ngan Rahman balik KL pagi tadi.
Lepas breakfast,
sempat gak singgah kedai lemang (?!)
dalam perjalanan…
Hahahaha…

Time tak raya pon ada lemang!
p/s : Haaa… Macam tak percaya dapat jumpa Ella! Gituh!
p/s/s : Gambar dari kamera Rahman kebanyakannya… Thank you! (^__^)