Untuk entry kali ni.
Agak serious sikit.
Sebab ianya berkenaan,
Dengan kerja saya,
Di hospital.
Kali ni,
Saya hendak menunjukkan,
Tentang evolusi,
Kertas dinding yang pernah,
Dipaparkan di setiap skrin komputer,
Di hospital ini.
Dari dahulu,
Sehingga sekarang.
Mungkin tidak secantik,
Kertas dinding lain,
Kerana, pada awalnya,
Ianya perlu meminta kebenaran,
Dari pihak pengurusan,
Tentang apa yang boleh,
Dan tidak boleh untuk ditunjukkan.
Jadi, mungkin banyak,
Versi-versi yang berlainan,
Pada satu-satu kertas dinding,
Dari awal sehingga dipertontonkan.
(^__^)v
Evolusi wallpaper KPJTSH:
Yang di atas ni,
Merupakan kertas dinding paling awal,
Yang saya buat.
Tak ada apa-apa alteration.
Gambar bangunan sahaja,
Berlatar belakangkan langit,
Kertas dinding di atas pula,
Adalah untuk promote,
SPP kepada setiap pekerja,
Jadi, kesemua amalan SPP,
Ditunjukkan, untuk dijadikan,
Contoh kepada pekerja.
Supaya senang dirujuk.
Tiada apa yang istimewa,
Sekadar kertas dinding,
Yang digunakan untuk,
Tidak mengosongkan ruang.
Pada awalnya,
Kertas dinding ni,
Hanya sekadar suka-suka,
Tapi digunakan juga,
Untuk menunjukkan setiap level,
Pekerja yang ada di,
Hospital ini.
Kertas dinding ini,
Adalah kertas dinding siri pertama,
Untuk memperkenalkan,
Semua staff yang bekerja,
Di hospital ini.
Mula diperkenalkan,
Ruang untuk menyusun ikon,
Di bahagian kiri skrin.
Kertas dinding ini pula,
Adalah untuk memperkenalkan,
Calon-calon akhir,
Yang masuki pertandingan,
“Senyum”,
Kertas dinding pertama,
Yang memperkenalkan,
Pengurus atasan kumpulan hospital.
Bar ikon dibesarkan daripada yang lama.
Kadangkala wujud,
Kotak pengumuman penting,
Untuk pemberitahuan kepada,
Semua pekerja.
Kertas dinding ini,
Memperkenalkan lebih ramai,
Pengurus atasan kumpulan hospital,
Untuk rujukan pekerja hospital.
Tidak banyak perubahan,
Yang dibuat pada kertas dinding ini.
Bar ikon diperkemaskan,
Juga diletakkan label,
Pada bar tersebut.
Kadangkala,
Diletakkan quote-quote,
Untuk memperingatkan,
Tentang budaya SPP,
Yang diterapkan oleh hospital.
Pengenalan pekerja-pekerja hospital,
Masih lagi diteruskan.
Kertas dinding ini,
Menyertakan pengenalan kepada,
Pengurus hospital,
Tiada banyak yang ditukar,
Kertas dinding pertama,
Di hospital yang bertemakan perayaan.
Pertama kali menggunakan latar belakang,
Daripada gambar popular,
Yang ada di internet.
Kertas dinding terbaru,
Yang telah diubahsuai,
Mengikut kehendak pihak pengurusan,
Bar ikon telah diperkemas,
Label ikon dibesarkan,
Logo hospital diletakkan di bahagian kanan atas,
Susun atur pengurusan kumpulan hospital,
Dan pengurus hospital,
Telah diperkemaskan,
Latar belakang bunga,
Atau pemandangan digunakan,
Untuk memberikan,
Kesan “sejuk” mata memandang,
Kadang kala,
Tema perayaan digunakan,
Sesuai mengikut keadaan.
Terdapat juga,
Nota atau peringatan,
Yang dimasukkan bersama,
Untuk rujukan pekerja.
Susun atur pihak pengurusan kumpulan hospital,
Dan pengurus-pengurus hospital,
Telah diubahsuai dan ditambah.
Untuk membezakan level pengurusan,
Label ikon sekali lagi diperbesarkan.
Nota dan peringatan diperkemaskan.
Kertas dinding di atas,
Adalah kertas dinding terbaru,
Yang digunakan semenjak,
Hari Rabu yang lepas.
***
Begitulah,
Ceritanya,
Tentang evolusi perubahan,
Kertas dinding di hospital ini.
Mungkin tidak berapa cantik,
Tapi, sekurang-kurangnya,
Ia menjadi medium sebaran maklumat,
Di hospital ini,
Secara tidak langsung.
Dan merehatkan mata,
Dari tekanan kerja.
Bagaimana pun,
Masalah tetap timbul,
Bila mana,
Keadaan di atas terjadi.
Kertas dinding tidak akan muncul,
Setiap kali pertukaran di adakan.
Sekian, di lain masa!
(^__^)/
p/s: Di tempat anda bagaimana? Bertukar-tukar? Atau sama sahaja?