Tiada Tajuk...

Tak dapat nak dinafikan,
Kehilangan seseorang,
Yang amat rapat…
Sangat menyedihkan.
Apatah lagi sekiranya,
Dia adalah orang yang,
Sangat disayangi…
Sesungguhnya itu adalah,
Ketakutan…
Yang tidak dapat nak digambarkan…

I lost a friend the other day.
Walaupun aku tak berapa kenal,
Dengan si mati,
Tapi kesedihan yang ditunjukkan,
Oleh seorang kawan aku,
Yang rapat dengannya,
Sedikit sebanyak,
Terpalit pada aku…
The sorrow that he felt,
The pain he endured,
Rasanya tak tergambar dengan…
Kata-kata…

Walaupun begitu,
Senyuman yang diberi,
Tetap ikhlas seperti dahulu,
Walaupun tersimpul,
1000 kesedihan di sebaliknya.

Tabahlah kawanku…
Semua itu adalah dugaan.

Yang pergi tetap pergi,
Kita yang tinggal…
Hidup perlu diteruskan…

Bersabarlah kawanku,
Ini semua adalah dugaanNya.

(-__-,)


Mariah Carey - The Wind

p/s : Al-fatihah