Bila hati tak senang…

Salam… nak bermonolog lagik buat kali yang ntah keberapa… Korang nak baca atau tak, tak kisah la. Asalkan aku puas hati dengan ketidak selesaan dalam hati yang berlaku sekarang. My point of view, my feelings and my own thought! Not them, not their… but mine!

 

Memang semenjak hari Sabtu selepas berbuka puasa hari tu sehingga ke hari ini, hati aku tak berapa senang bila fikirkannya  Bila fikirkan balik, ada perasaan marah, ada perasaan kasihan, ada perasaan terkilan, sedih dan sebagainya… Semuanya bercampur baur. Semuanya disebabkan keputusan yang dibuat pada waktu-waktu akhir. Semuanya dibuat di atas dasar persetujuan bersama dan sedikit pun tidak terlintas untuk meminggirkan sesiapa.

 

Jauh di sudut hati, memang terkilan juga kerana keputusan yang dibuat adalah disebabkan keadaan yang berlaku pada ketika itu. Dan keputusan yang dibuat itu difikirkan adalah jalan terbaik di antara yang terbaik selepas diperbincangkan (walaupun ianya tidak melibatkan semua). Semua langkah-langkah menghindarkan perasaan kecil hati dan sebagainya telah pun diperuntukkan bersama… Tetapi outcome daripadanya tetap memberikan kesan buruk.

 

Tak terlintas di hati sesiapa pun termasuk aku,untuk meninggalkan, apa tah lagi untuk menyisihkan. Tak pernah pun terniat sedemikian rupa. Cuma apa yang boleh diperkatakan, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan juga yang menentukan. Aku pasrah je dengan keadaan. Tak dapat nak dielak, tak dapat pula nak diperbaiki…

 

Cuma apa yang termampu untuk dibuat, hanyalah meminta maaf sekiranya keputusan yang dibuat benar-benar melukakan hati sesetengah pihak. Kalau boleh masa itu dipusingkan kembali, sudah tentu kami tidak memilih keputusan yang sedemikian rupa.

 

Kalau hendak diambil kira tentang perasaan semua, aku, kamu, dia dan mereka… sudah tentu semuanya tak berpuas hati. Masing-masing dengan alasan masing-masing. Tak terkecuali aku. Semuanya selagi boleh akan cuba untuk meluahkan perasaan yang tak sedap hendak didengar. Semua tidak baik belaka. Masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah. Semua akan berkata diri sendiri tidak bersalah. Samada dari pihak majoriti ataupun pihak minoriti. Sama saja. Tapi adakah sendiri memikirkan bagaimana hendak memperbaiki kesilapan yang telah dibuat? Bagaimana hendak membetulkan keadaan yang sedikit tercalar akibat perbuatan masing-masing?

 

Aku tidak memperkatakan ini untuk sesetengah pihak. Aku hanya berkata pada diri sendiri dan pukul rata untuk semua. Tak ada siapa yang betul dan tak ada siapa yang salah. Itulah keadaannya menjadi seorang manusia. Keputusan dan kesannya… Dan bagaimana cara untuk kita mempelajari daripada tindakan yang telah kita buat itu…

 

Hati aku tak senang dengan keadaan yang berlaku selagi tidak bernoktah tentang apa yang berlaku. Aku fikirkan hal sana dan aku juga fikirkan hal yang di sini. Bukan nak tunjuk diri adalah baik umpama malaikat, tetapi supaya tidak bias pada sesiapa. Dan untuk kebaikan bersama…

 

Apa yang telah berlaku, tetap dan sentiasa akan menjadi lipatan sejarah. Aku, kamu, dia dan mereka semuanya telah terkena dengan tempeleng masing-masing. Mahu atau tidak, kita kena pilih untuk menghadapi nya… melupakannya… atau simpan sahaja di dalam hati umpama sekam yang membakar dalam diam. Pilih antara itu. Walaupun aku amat berharap sekiranya kita semua dapat menghadapinya dan melupakan. Anggap ianya tidak pernah berlaku

 

Maaf, aku tidak menujukan hal ini pada sesiapa. Aku bercakap secara general dan seluruhnya. Ambil mana yang buruk sebagai pengajaran, dan yang baik tu sebagai kurnia daripadaNya. Tambahan pula pada bulan baik dan mulia ini. Perancangan awal adalah untuk kerja murni dijalanNya. Bukan untuk memperlecehkan.

 

Cukup-cukuplah sekadar itu. Kita dah lama berkawan, jangan hanya perkara remeh buatan kita sendiri ini menjadi sesuatu yang tidak sepatutnya. Kita sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan…

 

Di bulan baik yang mulia ini, aku ingin mengambil kesempatan memohon maaf di atas semua perkara yang berlaku. Samada yang disengajakan atau tidak. Maaf aku dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Maaf zahir dan batin.

 

Aku sayang kamu semua! (^_^)

 

p/s : Aku tak mahu bercakap mengenainya lagi. Forgive and forget! Peace all (^_^)v