Hari yang sangat,
Menyeronokkan hari ni,
Dapat berjumpa semula,
Dengan kengkawan JQZ,
Kali terakhir adalah pada,
Perkahwinan Adi dan Leya,
Tempohari…
Tapi hari ni,
Berjumpa kembali,
Untuk makan durian.
Dah lama nak plan,
Makan durian sesama,
Tapi masing² sibuk…
Tapi hari ni,
Dapat kejutan dari…
Lan dan Shahrul,
Derang nak belanja,
Makan durian,
Yang derang beli,
Dari Pajam…
Waaa…
Seronok giler!
(^_^)
Aku jadi orang tengah,
Untuk inform semua ahli,
Dan jugak carik port!
Call semua pasal event nih,
Dan tanya Adi dan Leya,
Kot² derang buleh,
Benarkan kite orang lepak,
Sambil makan durian…
Sesambil tu…
Nyembang pasal hal rumah tangga…
Kui kui kui…
Aku dok luar jer la!
Sebab aku sorang belum kawin…
Yang lagi 3 tak dapat datang…
Mak Ngah, Izard ngan Bard,
Semua tengah kerja…
Huhuhu…
(Mana korang ha?)
Tapi tak per,
Kiteorang ada tinggalkan,
5-6 biji durian kat korang,
Nanti claim kat Adi ngan Leya,
Okey!
(^^p)
Perghhh…
Tak penah aku makan,
Durian sebanyak nih!
Sampai penuh ler perut!
Tak yah makan makan malam ler,
Kalo cenggini gayanya…
Pada Lan dan Shahrul,
Terima kasih banyak²,
Sebab belanja makan durian.
Tambah² sebelum puasa nih…
Menghilangkan rasa kempunan,
Nak makan durian!
Dan pada Adi dan Leya,
Terima kasih sebab,
Sediakan port untuk landing,
Reramai…
Sorry we left a mess,
Tapi kami buang kulit durian tu taw…
Ahahahaha…
Dan pada ahli JQZ yang lain,
Terima kasih kerana datang,
Dan yang tak datang tu,
Tak de rezeki gamaknyer…
Tak per,
Nanti kita buka puasa,
Atau sahur sesama lak…
Okey (^_^)
JQZ tetap the best!
p/s : Rumah sapa lak bakal diserang untuk buka puasa atau sahur nanti?