Aku dan mimpi pelik!

Cam ne nak cerita eyh?

 

Malam tadi…

Aku bermimpikan,

Sesuatu yang ganjil.

Well… Tak lah ganjil manapun.

Tapi, ianya ganjil bagi aku,

Sebab mimpi yang aku alami,

Malam tadi,

Adalah mimpi yang pernah,

Aku alami sewaktu aku masih lagi,

Bebudak…

Mungkin dalam lingkungan,

11 atau 12 tahun…

 

Macam mana aku tau…

Yang mimpi itu mimpi aku,

Sewaktu kecil?

Sebab mimpi itu,

Adalah mimpi bercorak…

Muzikal…

(^o^)

Mungkin kelakar bunyinya,

(memang pun… officemate aku pun cakap kelakar),

Yang hanya aku alami,

Sewaktu umur itu.

Dan hari demi hari…

Ingatan aku pada mimpi itu,

Kian pudar…

Sehinggalah malam tadi.

 

Dalam mimpi itu,

Aku dapat lihat diri aku,

Masih lagi bergelar budak hingusan…

Bermain pasir bersama rakan…

Melihat Along aku bermain bola…

Melihat kawasan perumahan sewaktu kecil…

Melihat kawasan padang permainan,

Kawasan sekolah rendah…

Kawan-kawan lama…

Cikgu…

Dan semuanyalah…

Kenangan waktu kecil…

Bersama mak dengan abah,

Jiran-jiran…

Dan semua yang berlaku di dalam mimpi itu,

Semuanya sedang menyanyi…

Menari…

Semuanya kelihatan gembira…

Sehinggalah hujung mimpi,

Ketika waktu aku hampir terbangun…

Melodi lagu yang dinyanyikan…

Menjadi sedih.

Seolah tidak mahu mimpi itu habis…

 

Dan semua yang aku kenal di dalam mimpi itu,

Kemudiannya membuat bulatan,

Dan menyanyi bernada sedih…

Dan kemudian…

Melodi lagu bertukar menjadi…

Lagu yang menaikkan semangat,

Dan semua yang ada mendabik dada…

Dan melihat ke langit.

Bersemangat…

Dan apa yang terjadi kemudiannya…

Semua sekali mengeluarkan kasut belah kiri…

Dan menatapnya…

Ada yang bernada kesal…

Ada yang gembira…

Dan apa yang paling aku ingat…

Bila aku menatap kasut kiri,

Yang aku pakai,

Aku kemudiannya menangis…

Sedu sedan…

Tak tahu kenapa…

 

Dan bila semua nyanyian terhenti…

Aku terjaga…

Jam ketika itu 3.35 pagi,

Dan apa yang terngiang dalam ingatan aku…

Adalah satu ayat di bawah…

 

Ranjau di hati

 

Bila aku terjaga,

Dan tak dapat tidur kemudiannya,

Aku cuba google “Ranjau dihati”,

Apa yang aku dapat,

Adalah blog dengan post di bawah ini,

 

Ranjau di hati

Ya Allah,

adakah ini satu ujian yang engkau berikan padaku?

hanya engkau yang memahami perasaan ku ketika ini

hanya padamu aku memohon

hanya padamu  jua aku bersujud meminta pertolongan

bantu lah aku ya Allah

aku tahu..

aku hanya mencari mu apabila susah..

apabila senang,

aku leka semula..

leka pada suruhanmu, leka pada laranganmu

ampunkan lah dosa hambamu ini ya Allah

berikan aku kekuatan keimanan

yang tidak modah goyah dengan bisikan syaitan

Ya Allah,

Sesungguhnya terlalu banyak dosa ku pada kedua ibu bapa ku

sahabat-sahabat dan juga saudaraku,

apatah lagi dosa padamu Ya Allah..

ampunkan lah dosa-dosaku…

Terkedu aku kejap…

Mungkin Allah nak menunjukkan sesuatu,

Pada aku!

 

Lama jugaklah,

Nak lelap balik lepas tu…

Dan bila aku terjaga,

Jam sudah pun pukul 7.00 pagi.

Damn, aku dah lambat!

 

p/s : Memang benar aku dah lama melupakanNya… (TT__TT) Mungkin aku perlu berubah! Sekarang juga! Korang? Bila lagi?