Merdeka?

bendera

Sempena dengan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ni, aku selalu terfikir² tentang berapa patriotiknya kita dengan negara sendiri. Berapa sayangkah kita dengan negara yang kita katakan tanah di mana tumpahnya darah sendiri.

 

Rata², apa yang aku lihat dan saksikan, anak² Melayu semakin melupakan patriotisma dan semangat cintakan negara. Semakin ramai anak² muda yang semakin leka dan lalai dengan kenikmatan hidup yang semakin lama, semakin melemak dalam diri. Sedangkan yang “lain” semakin rajin mengtekedarah sisa² kita yang tidaklah banyak mana… “Harta” yang hanya sekangkang kera, direbut dengan orang lain dan kita hanya melihat tanpa berbuat apa².

 

merdeka

 

Sedihkan?… Tapi, itulah hakikat tentang apa yang sedang berlaku dan akan berlaku kalau kita masih lagi merabunkan mata dengan keadaan sekeliling. Aku menggunakan perkataan “rabun” di sebalik “buta”, kerana aku tahu masih lagi ada di antara kita yang masih lagi sayangkan negara bangsa, masih lagi ada anak² muda yang nilai patriotismanya masih tebal… walaupun hanya segelintir. Cuma, janganlah sekiranya di masa hadapan, mata kita akan buta dengan kelalaian nikmat hidup di muka bumi Malaysia yang bukan kita sendiri bangunkan, tetapi menumpang hasil daripada mereka yang dahulunya menjadi penumpang ke bumi tercinta ini.

 

Selalunya, waktu² sebegini… menjelang waktu tengah malam detik 31hb Ogos, aku selalu diasak dengan pertanyaan, “tak keluar ke malam ni?”. Bagi aku, tak ada gunanya untuk aku keluar malam hanya kerana untuk menunggu detik tengah malam itu, semata² untuk melaungkan laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”. Selepas habis laungan? Apa pula?… Laungan merdeka itu seolah²  hanya menjadi ayat biasa yang bila detik itu berakhir, tiada apa yang meresap ke jiwa dan minda. Jadi, apa rasionalnya aku menghitung detik itu? Lebih baik aku keluar sahaja menonton wayang, atau membaca di rumah, menonton rancangan tv dengan keselesaan sofa sendiri… Tidak pun tidur sahaja. Sekurang²nya aku tak berasak² dengan umat manusia yang ramai (yang entah ya atau tidak mereka faham tentang erti kemerdekaan hakiki dan tersirat).

 

Bagi aku, erti kemerdekaan datang dalam diri sendiri. Bukan sekadar tahu negara tidak lagi dibelenggu kuasa penjajah, malah lebih daripada itu. Aku sebagai anak Malaysia selepas era kemerdekaan perlu tahu mencari erti kemerdekaan yang sebenar, bebas dari belenggu pemikiran penjajah, bebas dari cengkaman ekonomi penjajah (sesuatu yang sukar, aku tahu!). Dan ianya bukan perkara yang boleh dilakukan dalam sekelip mata. Oleh sebab itu, ianya perlu terbit dalam diri sendiri, dengan melihat keadaan sekeliling, sedar apa yang sedang berlaku, dan cuba untuk melakukan perubahan pada diri sendiri sebelum cuba untuk merubah orang lain. Bukan terikut dengan apa yang orang lain buat, atau terpengaruh dengan ideologi orang lain.

 

Aku kadang² sedih melihat anak bangsa tak tahu untuk menilai kebebasan yang dikecapi dengan perkara² yang entah apa². Lalai daripada melakukan tanggungjawab yang diberi hanya untuk kenikmatan yang sementara. Gagal untuk melihat gambaran keseluruhan dan melihat dunia hadapan dengan serius. Tak salah kalau aku katakan, era aku dahulu lebih baik daripada sekarang, walaupun ada yang keciciran, ianya tidaklah seperti sekarang. Mungkin kerana semangat patriotisma yang diterap dalam jiwa ketika itu masih kuat dan kekal sehingga sekarang. Sekarang? Aku tak berani nak kata lebih².

 

Jadi? Apa erti kemerdekaan sebenarnya pada korang? Apa pula erti kemerdekaan pada ganerasi baru yang serba-serbi dapat apa yang mereka mahu? Cuba tanya diri sendiri, adakah kita benar² dah merdeka?

 

p/s: Sekadar buah pemikiran sendiri…