Selamat Harijadi Ariff~!

arep

Hari Isnin ni merupakan harijadi buat Ariff. Jadi, Abang Ijann nak mengucapkan selamat harijadi buat Ariff. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki oleh Allah dan yang paling penting sekali adalah kesihatan yang berpanjangan… Juga semoga segala urusan Ariff akan dipermudahkan oleh Allah…

 

Mintak maaflah sebab tak ingat Ariff sambut harijadi yang keberapa. Tak ada dalam registry la Ariff lahir tahun berapa. Muahahaha… Ingat tarikh jer. Tapi tak kisahlah tahun berapa Ariff lahir sebab angka umur tu tak penting… Apa yang penting adalah; apa pengalaman yang telah Ariff kutip dan pelajari sepanjang Ariff dilahirkan sehingga ke hari ini. Semoga ianya akan menjadikan Ariff seorang yang lebih baik daripada semalam hasil dari pengalaman itu.

 

arep2

 
Muehehehehe… Bila nak open table ni weh! Penat dah tulis ucapan pepanjang nih. Sekurang²nya, nak gak pekena chicken chop ke, pizza ke… Paling koman pun McD, jadik la. Muahahahaha…

Okaylah, sebelum nak habiskan posting pasal harijadi ni, nak nyanyi dulu satu lagu untuk Ariff macam biasa…

Happy birthday to you,
You live in a zoo,
You friend with a monkey,
And smell like one too…

Wahahaha… Jangan marah aaa… Sekali lagik, Abang Ijann nak mengucapkan Selamat Harijadi buat Ariff!