Snapshot


Snapshot di atas aku ambil semasa pulang dari membeli tiket ke Genting. Sewaktu berjalan dekat terowong di Masjid Jamek, tak ada sesiapa yang melalui terowong ini kecuali aku dan 2 orang di hadapan aku (entah sapa ntah). Kalau tak, terowong ni akan dipenuhi dengan manusia yang pergi dan pulang. Tetapi semenjak jalan baru yang dahulunya dinaik taraf sudah dibuka semula, dah tak ramai yang melalui terowong ini...


Snapshot di atas ni pulak adalah merupakan snapshot pemandangan Kuala Lumpur yang aku ambil semasa di dalam lrt ke Gombak. Waktu ni hujan turun renyai². Manakala pemandangan KLCC dan KL Tower kelihatan seperti telah ditelan awan. Sayang betul kamera tipun aku ni tak dapat nak zoom sebab aku suka tengok KLCC hilang dari pandangan ditutupi dengan awan... Well, next time I guess...

p/s: Bestnya kalo ada kamera mahal!