Akhirnya, sampailah aku ke hari terakhir aku pulang ke kampung. Sekarang ni aku sedang menaiki keretapi dari Ipoh ke KL Sentral. Perjalanan yang akan memakan masa lebih kurang 4 jam... Tak tau la samada akan membosankan atau sebaliknya. Nasib baek la aku dapat tiket pukul 5 daripada waktu tiket asal iaitu pukul 9 malam. Kalau tak, mampos aku nak sampai kat rumah cemana.
Ikutkan selama aku berada lama kat kampung ni, banyak la post yang aku akan buat. Tapi hampeh. Semuanya tak jadi gara-gara keadaan di kampung yang kekurangan plug untuk aku recharge phone. Hanya dapat peluang bila semua dah masuk tidur je. Banyak la perkara menarik yang aku terlepas nak post. Post yang ni je la yang terakhir dari Perak. Sekarang ni, keretapi yang aku naik baru saja berhenti di Kampar untuk mengambil penumpang.
Okay la. Nanti aku sambong...