Peluang?

Antara items yang perlu aku return termasuklah kunci palsu tu!

Tadik, pas aku balik kerja, aku dapat surat daripada Reader's Digest. Ini adalah kali yang ntah keberapa ntah aku dapat surat daripada Reader's Digest nih. Memula dapat pamplet yang mengatakan aku telah shortlisted untuk memenangi RM250,000.00. Hmmmm... Sound too good to be true! But aku tak berapa convinced untuk mempercayainya. Dan aku ignore je benda tu.

Kemudian, aku mendapat 2 surat berbentuk memo yang mengatakan satu lagi surat berbentuk yang sama akan dihantar kepada aku. Memula tu memang la aku tak begitu percaya, tapi bila kali kedua dia hantar memo tu kepada aku, ini tentu benda penting. Dan hari ni aku dapat pamplet yang kedua pulak.

Masa aku dapat memo yang kedua tu, aku ada gak buat research sket. Aku ada tanya beberapa orang tentang kesahihan benda tu. Benda pertama yang aku cari adalah dimana derang ni dapat nama dan alamat aku. Rupa²nya, Real Rewards yang menyenaraikan nama aku kepada Reader's Digest. Kali pertama Reader's Digest menghantar pamplet tu (yang aku ignore), itu adalah tapisan pertama untuk memenangi hadiah. Dan pamplet yang baru aku dapat ni adalah tapisan kali kedua.

Ada kawan² aku yang cakap benda tu betul sebab kengkawan derang pernah menang (kamera video dsb.), dan ada jugak yang suruh aku buat tak tau jer... Tapi sebab ramai yang cakap benda tu betul, aku mula take note!

Apa yang perlu aku lakukan adalah dengan menghantar balik benda² yang perlu aku verify (termasuklah kunci palsu kepada kunci kereta yang berupakan hadiah utama) termasuklah duit langganan selama setahun (itu yang dia nak sebenarnya!) sebanyak RM145.00 setelah diberi diskaun RM35. Dan nama aku akan terus disenaraikan untuk memenangi sesuatu.

Well! Sebenarnya aku amat tertarik! Dan aku bercadang untuk melanggan Reader's Digest tu. Well! What I'm about to loose? Nothing! Aku memang suka membaca Reader's Digest. Sekurang²nya, kalau aku tak menang pun, aku dapat langganan selama setahun majalah tu. Dan sekiranya aku menang pun, kira bonus la. Hehehehe...

So, aku akan hantar balik benda² yang Reader's Digest tu suruh aku hantar balik. Mungkin 2-3 hari lagi kot. Well! Bottoms up! Hehehehe!

p/s: Kalau korang dapat benda yang sama, apa pendapat korang?