Sehingga sekarang, 7 buah bukunya telah aku baca. Dan aku memang berpuas hati dengan pengakhirannya yang boleh dikatakan fair and square untuk good and bad side. Tidak lebih untuk pihak Harry dan tidak lebih juga untuk Voldermort.
So, untuk installment keenam filem Harry Potter yang dinamakan "Harry Potter and the Half Blood Prince" akan ditayangkan di seluruh dunia pada 21 November 2008 dan aku tidak sabar untuk menunggu tayangannya. Walaupun aku tahu bagaimana ceritanya, namun aku pun nak tahu jugak cemana buku keenam ini digarap menjadi filem. Adakah sebagus bukunya...
Dan apa yang menarik, installment terakhir dari tujuh siri buku Harry Potter ini akan dibuat dalam 2 buah filem dengan tajuk "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1" dan "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2" (both are working title). Kedua² filem terakhir ini akan ditayangkan pada November 2010 dan May 2011. Bagi aku, baguslah kalau Warner Brothers nak buat cam tu sebab installment terakhir ini memang yang paling crucial sebab ianya akan menerangkan segala² tentang universe Harry Potter bermula dari buku yang pertama sekali. Kalau nak diterangkan segala² hanya pada satu filem sahaja sudah tentu tidak cukup (dan dah pasti elemen penting akan dipotong dari dicerita). Dan dua filem pasti akan menamatkan cerita Harry Potter dengan penuh stail.
Memang aku tak sabar nak menunggu filem terakhir Harry Potter...