Teringat zaman² dulu masa aku slalu buat rumah terbuka dan ajak kengkawan datang rumah. Dari sekolah, universiti sampailah dah kerja. Tak pernah tak buat open house. Tapi sekarang macam dah malas. Dah tak terasa nak sambut hari raya macam dulu². Mungkin sebab aku tak terasa kehangatan hari raya. Mungkin sebab dah tua kot. Dan mungkin jugak sebab ramai kawan² yang dah kawen.
Hari ni je aku pergi ke Pajam, Negeri Sembilan ke rumah Shahrul Lan. Bertolak dari Sentul dalam pukul 4.30 petang dan sampai dalam 5.15 petang. Walaupun bukan rumah terbuka sepenuhnya, hanya jemput kengkawan rapat dan sedara mara je. Kawan² JQZ yang pergi hanya aku, Lia, Adi, Mak Ngah (Imah! Haha...) dan Sue. Kendian Man dan Yan. Lan pulak memang dah ada kat rumah Shahrul. Ijat plak datang angis kus² dia, tak mo gi (kunun!), Bard plak kerja dan tak dapat dikontek. Kitaorang stay kat sana sampai la pukul 8.30 petang sebelum bertolak balik ke Sentul.
Mungkin raya tak semeriah waktu dulu. Tapi dengan adanya kawan², at least raya tahun ni berwarna-warni sedikit, dengan hanya melihat telatah kawan² yang macam². Tak terlambat rasanya nak ucapkan;
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!